Thursday, 30 November 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SeMeSTeR KeDua



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim…

Sambungan dari catatan perjalanan aku sebagai PhD student. Lepas tragedy miscarriage & qualifying exam yang tak lepas tu, semester kedua pun bermula. Honestly, apa yang terjadi sebelum semester kedua bermula ni memberikan kesan pada motivasi dan semangat aku. Terasa diri ni kerdil sangat nak dibandingkan dengan student2 advisor aku yang lain. Tertanya2 dgn diri sendiri, mampu ke aku teruskan perjuangan ni. Tapi, aku cuba juga kuatkan semangat.

Semester yang kedua ni, course yang aku ambik kali ni lebih mencabar dari semester pertama hari tu. Memandangkan aku kena buat preparation untuk qualifying exam part 2 pulak, aku ambik course yang boleh bantu aku untuk exam tu. Macam yang aku penah post pasal exam dalam entry2 sblm ni, exam part 2 ni berkait dgn research focus area utk PhD aku. Memandangkan focus area utk PhD research aku adalah Design and Optimization, so, aku ambik course Heuristic Optimization (course ni lagi advance dari engineering optimization yang aku ambik masa sem 1 tu) dan CAD Application.

Maka semester kedua aku bergelumang dgn programming lagi & lagi dahsyat dari masa semester pertama aku… huhuhuhu… exams, assignments & project yang sangat susah especially untuk course Heuristic Optimization. Kena pulak buat programming untuk semua subjek. Tak tido berhari2.. Program pulak byk error sampai terpaksa jugak hantar program tu walaupun tak boleh run pun.. mmg terasa tak perform sangat2.. stress sampai menangis hampir setiap minggu. Tambah lagi dengan stress dealing with perangai2 manusia yang sangat tak membantu, buat pening lagi ada (ini memang sejarah pahit dalam hidup aku). Aku mmg struggle sangat2 utk semester kedua ni… Bila aku tak perform dlm exam Heuristic Optimization, lagila aku jammed. Mujur untuk project Optimization tu, Mail (member dekat UMP) banyak tolong. Berjaya jugakla siapkan project tu dalam keadaan group member tak bagi contribution sepenuhnya.

Bila result keluar, aku cuma dapat C+ untuk course Optimization yg susah tu. Memang aku sedih gila. Mujur utk course CAD Application tu result aku ok… so, total CGPA aku masih cukup2 3.0. tapi, still, disebabkan requirement untuk grad student, semua course mesti dapat B ke atas, aku diletakkan dalam probation status. Masa ni lagi rasa rendah diri. Bila mengadap advisor aku, masa ni la aku terasa gila2 dgn apa yang advisor aku cakap. Dia cakap, “Munira, I am willing to take you as my PhD student because I think you are matured enough to manage your time to study. I don’t expect you to get this kind of result. If other students approach me with this CGPA, I’m not going to be interested to supervise them. You were not even passed the qualifying exam part 1 and now you are on probation. This shows that you are not serious enough to study. Your efforts are still not enough. You have not trying hard enough.”

Masa ni aku duk tahan je dari air mata ni menitik. Lepas je jumpa tu, aku menangis sungguh2 dekat dalam bilik air. Masa on the way balik rumah pun, kat dlm bas tu, tahan je lagi dari menangis.. aku ingat lagi, turun je bas, kebetulan masa tu hujan, aku menangis sambil jalan dalam hujan.. sedih sungguh rasa… Masa tu rasa masa depan aku gelap je dekat US ni. Terasa diri ni bodoh sangat. Mulala terbayang muka mak & ayah yang menaruh harapan. Terbayang rupa dekan & kawan2 UMP.



Mujur masa qualifying exam part 2 tu, aku lulus. Nanti aku cerita pasal exam tu in next entry.

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers