Friday, 14 April 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 4



Assalamualaikum semua…

Kali ni sambung balik cerita mcm yang dijanjikan dlm post sblm ni. Masa mencari2 university di Canada tu, one of the university di Canada tu ada buat research dlm bidang yang aku berminat. So, aku pun hantar email ke prof tu, bagitau aku berminat nak buat phd and nak jadikan dia as advisor aku.. Alhamdulillah, dia reply and bagi feedback yang positive. So, bermula la sessi discussion dgn prof tu untuk proses permohonan PhD tu. Masa tu baru la ada motivasi nak ambik IELTS balik semula untuk submit PhD application ke university tu dan juga untuk permohonan cuti belajar & biasiswa SLAI KPT.

Second attempt IELTS, aku ambik dekat IDP Subang Jaya lagi sekali. Sebelum pegi ambik tu, kebetulan UMP ada buat kursus IELTS one week sebelum tarikh aku ambik exam tu. So, bolehla support preparation untuk exam tu. Seminggu sebelum exam, aku bertapa je dlm bilik aku kat fakulti tu… buat exercise writing sbb masa sblm2 ni, yg buat spoil result tu part writing aku… Alhamdulillah, bila result keluar, fulfil dahla one of the requirement untuk apply biasiswa KPT tu… tak la gempak manapun.. reading 7.5, listening 8, writing 6.5, speaking 6.5.. so, semua sekali band 7.

Dah dapat result tu semua baru la start buat official application to the university through website dia. Tapi, tulah… take note ye masing2 kalau ada yg berminat nak buat PhD di university kat Canada dan US. Awal2 apply tu, most of the universities kat sini akan mintak official transcript from university yang kita belajar dulu. Bukan kita yang hantar tapi, kita kena request university2 kita yang dulu keluarkan official transcript and sealed it and then submit ke university sana… And trust me, semua tu pakai duit. Tak ingat dah berapa habis, tapi, beratus2 jugak RM habis untuk submit transcript tu (yang ni depends kat university korang). Macam aku, aku kene pegi UIA untuk bachelor degree aku and UPM untuk master aku.

So, lepas dah submit semua tu, university yang aku apply ni pun dah process, prof yang nak jadi advisor aku nipun  dah review dengan committee member dia & finally aku dapat permohonan aku berjaya & aku pun dapat offer letter dari university tu untuk kemasukan January 2014. Masa tu la, aku dapat berita yang tak disangka2.. aku pregnant & due untuk bersalin, 1/1/2014!!! Mana nak sangka.. Rayyan pun dah 5 tahun masa tu.. lama dah dia mintak nak adik… bukan aku tak pernah pegi buat rawatan kat klinik dalam tempoh 5 tahun tu… berbulan2 makan chlomid, lps tu, pegi cucuk kat perut untuk suburkan telur.. sampai gynae yg aku jumpa tu suggest aku buat laparoscopy sbb PCOS aku teruk. Tapi, aku x buat la laparoscopy tu. Aku just stop treatment clinic tu & redha dah fikir, rayyan sorang jela rezeki anak utk aku. Tiba2, rezeki datang serentak…

Dalam masa yang sama, heboh masa tu UMP pulak nak tukar polisi… nak university yang dalam ranking top 200 je & masa tu jugak, digalakkan untuk cari university kat US. Dah serba salah dah masa tu… sbb memikirkan due bersalin sama dgn tarikh daftar PhD di Canada… memang confirm la nak kene tangguh. Tapi, kalua tangguh, polisi baru UMP tu dah berkuatkuasa dah.. mesti tak lepas application utk sambung ke Canada tu sbb university tu x masuk dlm ranking…

Pening jugak masa tu fikir. Offer utk sambung belajar & rezeki untuk pregnant, dua2 memang aku impikan… lama aku berfikir & berdoa mohon diberikan petunjuk… one day, aku terbaca satu artikel dekat fb tentang rezeki Allah.. terus aku tersentak sebab terasa rapuhnya keyakinan aku pada kekuasaan & kehendak Allah. Selama ni bila aku berdoa untuk sambung belajar ni, aku selalu mohon agar Allah bantu aku dalam membuat apa2 keputusan… Allah baru bagi aku rezeki anak yang selama ni aku duk harap sangat, aku dah rasa tertekan.. ni Allah dah bagi aku rezeki anak ni… kenapa tak bersyukur???

So, akhirnya aku buat keputusan untuk tolak permohonan PhD dari university dekat Canada tu… Aku letakkan keyakinan aku pada Allah, yang mungkin university dekat Canada ni bukan yang terbaik untuk aku.. InsyaAllah, kalua aku redha, Allah akan gantikan dengan tempat yang lebih baik untuk aku sambung PhD. Kalau pun tak de rezeki aku untuk buat PhD, ada benda lain yang lebih baik untuk aku. Mungkin aku masih belum betul2 bersedia untuk sambung belajar… bersedia kat sini bukan dari segi ilmu je, tapi, dari segi akhlak aku dgn Allah….

BiRTHDaY aNaK uMMi & aBi