Friday, 24 March 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 3



So, kali ni sambung balik pasal phd preparation journey… sbnrnya, sebelum aku ambik ielts tu, aku dah start mencari potential universities untuk aku buat phd… dalam mencari tu,  aku tertarik dgn one of the university dekat new Zealand sebab dia ada buat research in cad programming, STEP NC.. tambah pulak bila bukak website prof yang buat research in that area, dia ada one phd student dari Malaysia.. so, aku pun email prof tu tanya kot2 dia boleh terima aku as student dia.. Alhamdulillah, prof tu reply email aku… excited sebab tu la first reply yg aku dapat & reply tu pulak reply positive. Prof tu sudi nak supervise utk phd aku… then, aku send pulak email dekat student prof tu yg dari Malaysia tu.. & she gave a good feedback too… dia cakap, prof tu memang baik tapi, phd ni is a journey… ada pasang & surutnya jugak….

Tapi, bila result ielts yg tidak memberangsangkan tu, aku mcm tak ready je nak repeat ambik ielts lagi sekali dlm masa terdekat.. tambah pulak aku mmg bz dgn sebagai penyelaras untuk proses akreditasi program engineering kat fakulti aku… sape yg penah in charge atau take part bahagian akreditasi ni tahula bz dia mcm mana… since aku tau result ielts aku x lepas sebab aku tak prepare sgt bahagian writing tu, aku takut kalau ambik lagi sekali dlm masa terdekat, result nya akan sama je…

At the same time, aku minta pendapat dari one of the prof dekat fakulti yg merupakan mentor aku dalam bahagian akreditasi ni. Maklumla, aku ni asal nya engineer kilang, research background kat kilang mmg ciput la sbb masa kat kilang aku lebih in charge bahagian nak increase productivity & reduce defect. masa mana nak buat research  nya. tambah lak dpt boss yg suka nak suruh aku in charge mcm2 masa kat kilang dulu. bila jadi lecturer kat kolej swasta, beban mengajar pulak byk sgt tambah dengan jawatan2 lain yang melibatkan program2 offered dekat school aku. So, research background tu mmg x de. masa buat master, master by coursework. so, final project tu x dela kene buat research bagai. Prof tu suggest kat aku pegi la US or Canada sebab kat sana, kena ambik course awal2 tu. so, sempat lagi nak prepare utk research bila dah lepas qualifying exam… berbeza dengan university dekat UK & yang lain2 yang bila pegi sana dah kene strong in research dah… aku tanya prof tu, bukan phd kat US ni susah sebab awal2 tu kene lulus comprehensive/qualifying exam dulu ke? Sebab ramai je yang balik tanpa Phd sebab tak lulus exam tu… exam tu yang menentukan student tu layak digelar Phd candidate atau tak.. Prof tu selamba je cakap.. exam tu jela yg susah sikit.. kalau lulus tu, insyaAllah Phd dlm tangan dah. Cuma, lambat atau pun tak je… dia cakap, dia buat phd dia kat penn state.. diapun buat phd dlm 7 tahun… Aku… 7 tahun???? Mcm x sanggup je… huhuhu

Tapi, bila fikir2 balik, make sense jugak apa yg dia cakap tu.. tapi, disebabkan aku takut nak apply phd kat US dan tambah pulak kawan aku cakap, nak apply buat phd kat US, kena ambik GRE (ni exam) dulu.. akupun search universiti2 dekat Canada je. Dalam mencari tu, aku terjumpa university yang ada buat research dlm bidang yg aku nak… University Manitoba.. Aku email prof yang berkenaan… Alhamdulillah, prof tu reply & dia willing to supervise aku as Phd student dia & prof tu suruh aku proceed dgn PhD application through university’s website… Perasaan masa tu Allah je yg tau…

Nanti aku sambung balik dengan entry seterusnya pasal proses permohonan aku dengan University Manitoba tu dan kenapa aku tak pegi… Permohonan aku berjaya & tinggal step utk permohonan cuti belajar dari UMP as majikan & permohonan biasiswa SLAB/SLAI dari KPT je.. tapi, aku tak pegi…

Thursday, 23 March 2017

RaMaDHaN & SYaWaL PeRTaMa Di PeRaNTauaN ~ PaRT 2

Lamanya nak sambung part 2 kisah ramadhan & syawal di perantauan... sampai dah nak start puasa balik dah... huhuhuhu.... bz sgt campur malas sebab byk sangat hutang nak cerita kat blog...

anyway, part 1 hari tu, aku dah cerita pasal puasa pertama di perantauan.. kali ni kita sambung part raya pulak... utk persiapan raya, of course la rasa mcm x de feel nak raya... tapi, buat jugakla kuih raya untuk ubat rindu kat kampung halaman. lagipun, rayyan asyikla tanya bila nak buat kuih raya sbb ummi dia ni masa kat malaysia, tiap2 tahun buat kuih raya dan rayyan, idris & abi diorang mmg suka makan kuih raya... so, utk kuih raya, aku buat la biskut suji (permintaan abi rayyan), biskut cornflakes (resepi mak aku), kuih tart nenas (sbb ni favourite aku & mmg tiap2 tahun mesti buat), kuih tart strawberry (yg ni saja wat.. nak tambah koleksi kuih tart) & malam raya tu aku wat kek gula hangus.

 biskut suji cinta hati... ;)

 jem nenas in the making.. (lupa nak snap gambar kejadian tart nenas nya)

 jem strawberry in the making.. (lupa jugak nak snap gambar tart strawberry)

 selingan... malam raya tu mata tak leh nak lelap.. teringat kat family di kampung.. so, mengayam ketupat tipu2 je...

ni kuih raya yg dah siap dalam balang... yg tercokoh satu atas pinggan tu, kek gula hangus...

pagi raya tu kami solat aidilfitri dekat masjid an-noor atau islamic center niagara fall.. alhamdulillah, ramai muslim berkumpul dekat masjid ni walaupun diorang buat solat aidilfitri ni dua sesi. Lepas solat aidilfitri tu, terus bergegas balik sebab plan utk sambutan raya kali ni buat kat rumah aku... tapi, kami jadi tuan rumah je... tema makanan ala2 potluck.. so, masing2 bawak menu masing2... kami tuan rumah, buat pulut kuning dgn gulai ayam, air pulak sirap bandung di samping kuih2 raya.. menu yg lain2 pulak macam nasi himpit, rendang, kuah kacang tu dibawa oleh adik2 & kawan2 yang lain.




masa duk berkumpul ramai2 tu, sempat la bervideo call dgn mak & ayah... tapi, sebab kat malaysia dah malam.. rayyan dgn idris pulak bila dah jumpa abg2 dgn kakak2 ni, x dptla nenek dgn atuk tu nak sembang sangat dgn diorang... tapi, sebenarnya, malam raya tu, dah call dah mak & ayah... tapi, tulah.. bila tgk dlm video, ruang makan, tangga tmpt kitorang selalu lepak2 sembang dekat dapur tu.. rasa sayu je... tgk pulak status facebook adik aku, kali ni raya berlima je kat kampung... mak, ayah, & adik2 aku bertiga yang bujang lagi... cucu2 yg ramai2 tu semua x de sbb adik2 aku beraya di kampung suami masing2. aku rasa mak & ayah aku pun sayu kot... :'(

takpelah.. moga kami jadi lebih tabah & jadi pembakar semangat utk aku menghabiskan phd aku on time atau lebih cepat dari itu.. insyaAllah....

BiRTHDaY aNaK uMMi & aBi