Thursday, 18 March 2010

2 TaBiaT BaWa Ke NeRaKa

Untuk dikongsi bersama

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
"Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
"Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Monday, 15 March 2010

BiLa RaYYaN JuMPa aRiSSa iNSYiRaH

mmm... lama kan x update blog? Kalau update pun jarang2 kan... biasalah, kadang2 bz... kadang2 disbbkan kecelaruan emosi yg wat aku x de mood nak update pape... sbb ape mood bercelaru? Mmm.. susah nak ckp... mungkin aku terlampau terkesan dgn kata2 org sekeliling especially, yg cukup pakar dalam men’down’ kan aku sampai aku hilang keyakinan diri... kdg2 aku cerita lebih2, ada pulak yg cakap aku berlagak.. walaupun, hakikat sebenarnya, aku x berlagak pun... ape la yg aku ada, sampai boleh di’lagak’ kan sangat kan... papepun, entry ni, bkn nak citer pasal emosi aku yg bercelaru ni... tp, nak citer kisah cinta si ahmad rayyan dgn arissa insyirah nih... hahahaha

sbnrnya, smlm sal (kwn baik aku) dtg umah dgn hadi, suami & anaknya, arissa insyirah. Masa diorang sampai tu, Rayyan tgh tido lg dlm bilik... so, bile sal dgn hadi tgh makan tu, aku angkat la arissa bawak masuk bilik... dah masuk bilik tu, saje je aku letak arissa atas lengan rayyan... yg si arissa ni, mcm tau2 je apa nak wat.. die tepuk2 tgn rayyan, mcm kejut rayyan bgn... rayyan pun ade la gerak2 sikit...

aku pun cakap la dengan rayyan, “Rayyan,arissa datang ni... x nak bangun ke?”

lepas tu, aku angkat la arissa tu, letak atas badan rayyan.... rayyan pun buka mata die kecik2 je nak tgk, sape yg ada atas die.. bile tgk arissa duk meniarap atas badan die sambil tepuk2 badan die, apa lagi, tersenyum lebar la ahmad rayyan ni.... hehehehe.... siap bangun, terus di cium nye pipi arissa.... heheehhe... lps tu, aku jak die kuar ke ruang tamu... mula2 die nak suh dukung dia... tp, bile tgk aku tgh dukung arissa, die pun terus la bgn sendiri, ikut aku kuar...

kat ruang tamu tu, die malu2 kucing dgn sal & hadi... tp, bile tgk aku duk main dgn arissa, lps tu aku baringkan arissa kat atas tilam kecik tu, slow2 die dtg kat arissa nak main2 dgn arissa... cium tgn arissa tu x yah ckpla baper kali... kejap2 cium tgn arissa... lps tu bile kaki arissa tu duk tendang2 angin, die pegang2 pulak kaki arissa... nak bukakkan stoking arissa plak... hehehehe... dah puas die main2 dgn tgn & kaki arissa, die baring plak sebelah arissa... suke betul die dpt baring sebelah arissa... siap gosok2 pipi dgn dagu arissa lg masa baring sebelah arissa tu... hehehehe

bile sal nak balik tu, time nak angkat arissa tu, sibuk rayyan ni nak dukung si arissa.. ikutkan hati die, nak diribanya si arissa tu... tp, aku pun ckp la dgn rayyan, “rayyan x leh dukung arissa lg.. tunggu rayyan besar sikit lg, arissa pun besar sikit lg... leh la nak dukung arissa”.. so, bagi rayyan cium pipi arissa je la...

gitula citernye bile Rayyan jumpa Arissa Insyirah... die mmg suka sangat baby... pantang jumpa baby... klu jumpa baby, mmg die akan agah budak tu sampai budak tu senyum ataupun gelak... bile dah gelak tu, mmg muka die puas hati sgt2...

kdg2 saje je aku tanye dia... “rayyan nak adik ke?”

die senyum malu2, lps tu nanti, die jwb “mmm...” sambil angguk2 kan kepala... hehehehe.....

dlm hati aku, “ummi pun nak jugak... tp, belum rezeki kite, sayang... doa2kanla kite semua dpt tmbh ahli keluarga sendiri, ye sayang”

Wednesday, 3 March 2010

Jom download & dengar album terbaru Rabbani

Entry kali ni nak share pasal link marhaban2u.com. Ni program baru bersama dgn kumpulan Rabbani. Benefit nye, dgn bayar RM 20 sbg yuran pendaftaran, dapat download album terbaru kumpulan Rabbani yg bertajuk Mahabbah. Kalau yg nak ambik peluang jana pendapatan sampingan pun boleh gak... tapi, macam saya ni, tujuan utama join program ni sebab nak download lagu2 nasyid terbaru ni...

Lagu2 nasyid dlm album ni memang best2.. adalah beberapa lagu lama, mcm lagu Syahadah, Muhammad ya Habibi, Pergi Tak Kembali.. tapi, lagu2 baru die pun best2 jugak.. macam lagu Kejora Sinar Zaman, Mahabbah, Nurul Iman. Suara vokalis terbaru kumpulan Rabbani ni pun tak kurang hebatnya, walaupun, suara Almarhum Ustaz Asri dulu memang ‘mantop’.

So, sape2 yg rasa berminat nak dengar lagu2 nasyid yg terbaru ni, bolehlah klik atau copy link ni atau klik kat contoh iklan kat bawah ni

http://www.marhaban2u.com/?ref=496


(jgn salah faham eh... promote ni, bukanla niat nak berniaga sangat.. tapi, yg utamanya, nak berkongsi maklumat pasal boleh download lagu2 baru ni....sbb lagu2 die mmg best.. at least, klu korang sume dah dengar lagu2 ni, bolehla sembang2 pasal lagu2 ni.... almaklumlah, saya ni mmg peminat lagu2 nasyid ni....)

Macammana nak join?
1. Mula-mula klik la link yg saya bagi tadi tu.
2. Lepas tu, kalau berminat, daftar la... bila dah daftar, baru diorang akan emailkan cara2 untuk aktifkan pendaftaran korang & cara2 untuk buat pembayaran...
3. Dah bayar, sms & isi borang reply tu.. lps tu, tunggu la ia diaktifkan.. bila dah aktif, login & then taraaa... dah leh download album... tp, album ni dah dizipkan dalam file winrar.. so, make sure korang ada winrar dalam pc korang utk extract kan file tu jadi kepada format Windows Media Audio file.

Apa yang anda akan dapat dengan membayar RM20?
1. Miliki website replika anda sendiri
2. Mendapat download album terbaru Rabbani "Mahabbah"
3. MenJANA DUIT sampingan 24jam/7hari seminggu * ni tak relevan la kalau korang cuma nak dengar lagu
4. Laman iklan percuma untuk anda promosi bisnes sendiri * ni pun sama
5. Dan banyak lagi..

ni lah contoh laman iklan tu & bleh klik terus ke link korang... so, korang bleh la guna utk promote...

marhaban2u.com



BiRTHDaY aNaK uMMi & aBi