Tuesday, 14 June 2011

Astaghfirullahalazim....

aku abaikan blog ni lagi.... huhuhuhu... bkn apa, walaupun student2 aku tgh cuti semester ni, jadual hidup aku jadi terlebih pack la pulak... tambah2 pulak kene mengajar student yg program german nye sbb diorang masuk ritu tak sama intake dgn student2 yg lain... so, majoriti lecturer leh relaks2 x mengajar, tp, aku tetap kene mengajar... huhuhuhu... training & meeting pulak x putus2... dah habis outstation, outstation lagi... balik dari outstation, induksi pulak... tambah memenatkan, skg ni ptg2 aku ada latihan ping pong pulak utk kejohanan SUKUM bulan 7 nanti... lg la exhausted... tu yg pegi induksi, aku memanjang 'setuju' je dgr taklimat dari penceramah... ;p

sbnrnya, tika & waktu ini, aku tgh kebuntuan idea utk meneruskan karangan ucapan kempen aku... ni salah satu tugasan induksi la ni... slot siang tadi, slot pembentangan tugasan kumpulan... settle la dua pembentangan kumpulan... esok last, kene buat pengucapan awam pulak... kali ni secara individu.. aku dapat ucapan yg bertemakan kempen... ades, pening kepala aku nak berfikir & membuat karangan dlm bm nih.... ada markah lak tu utk sume tugasan2 tu....

papepun, disebabkan aku buntu, tu yg dapat hidayah nak update blog ni jap... so, utk warm up blog yg dah beku ni, aku citer pasal ahmad rayyan je lah.... skg ni, dia mmg sgt byk cakap... sampai kdg2 aku malas nak layan... tp, tula yg menceriakan hari2 aku sbnrnya... salah satu perkataan yg dia suka sebut adalah Astaghfirullahalazim.... ni, sbb dia selalu dgr aku sebut bila nak membebel kat dia.... anyway, layan jela dialog antara rayyan dgn aku/abg/diri dia sendiri..

Cerita 1
Masa on the way nak ke U*P sbb ada family day...
Rayyan: ummi, kita nak gi mana ni ummi?
Ummi: kita nak gi U*P la...
Rayyan: eh, hari ni cuti kan ummi... sekolah tak bukak
Ummi: mmgla... sape kate kita nak gi sekolah rayyan.. kita nak gi kompleks sukan je...
Rayyan: ummi nak main ping pong ke? mana bat ping pong ummi?
Ummi: bat ping pong tak bawak la... tinggal kat umah
Rayyan: Astaghfirullahalazim..... bat ping pong tertinggal? mcm mana boleh tinggal nih? (sambil cekak pinggang & geleng2 kan kepala)
Ummi & abi: hahahahaha

Cerita 2
kat ofis ummi, tunggu ummi siapkan keje.. rayyan pulak mcm bese, buat aktiviti sibuk nak menulis & melukis dia... tgh2 dia melukis tu, tiba2 dia cakap,... Astaghfirullahalazim... dah kotor... buat elok2 la rayyan.... disbbkan ummi tgh sibuk, ummi hanya mampu tersenyum sendiri

BiRTHDaY aNaK uMMi & aBi