Friday, 16 November 2012

Rest in Peace, BiBi CoMeL... :'( (12/10/12~13/11/12)




assalamualaikum wrt wbt. dah 3 hari bibi pergi, baru aku punya kekuatan untuk tulis entry specially dedicated for her... teringat lagi, pertemuan aku dgn bibi bermula masa jamuan raya di fakulti. masa tu, aku nampak dia tgh main hide & seek dgn tiga lagi adik beradik dia kat longkang berhampiran dgn blok bilik aku... masa tu, asal nampak org je, terus semua menyorok dlm longkang... geram je rasa... mmg rasa nak bawak balik sume sbb masa tu wawa dgn sky pun aku x kenal lagi... tp, since tgk diorang sonok sgt main sesama sendiri, mak diorang pun ada kat situ, aku lupakan je hasrat tu... then, x lama lepas tu, adik aku bagi aku 2 ekor kitten yg dia ambik kat shelter house kepong, yg diberi nama sky dan walker (but now is called as wawa).

sampaila a month later, which is on 12/10/2012.. aku nampak bibi merayau2 kat corridor depan bilik aku seekor2 tanpa adik beradik dan mak dia... sampai serak2 suara dia merayu2 kat org yg lalu lalang kat situ... lps tu, siap follow aku masuk toilet dan masuk bilik... sygnya, aku x de bawak mknn kucing ke office. aku siap pegi cari mak dia keliling fakulti, kot2 jumpa, mmg aku nak temukan diorang. tp, dari tghr sampai ke ptg, byg mak dia or adik beradik dia langsung aku x nampak... serba salah aku dibuatnya masa tu, antara nak bawak balik or biar je dia kat fakulti sampai aku bawak mknn kucing esoknya...

ptg tu, aku gi main badminton dgn member.. ada gakla terniat, klu sampai aku abis main badminton, dia ada dekat2 dgn tmpt parking sekor2 lagi, mungkin aku nak bawak balik... sian la pulak, klu nak tinggalkan dia sendiri2 je.. sbb malam2, mana ada sape2 kat fakulti tu... habis je main badminton, tgk2 dia duk tunggu dan main2 sendirian kat area parking kete... nampak je aku dan kwn2, terus dia panggil.. at the same time, aku nampak ada sekor kucing jantan yg besar tgh menuju ke arah dia, mcm nak kacau dia... so, that's it... terus aku buat keputusan utk bawak dia balik...

sepanjang dln kete, org yg paling excited adalah rayyan, anak bujang aku tu la... bibi pun leh duk baik je atas riba rayyan... sampai rumah, makan royal canin dgn berselera nye.. langsung x byk bunyi... lapar rupanya bibi ni... masa duk discuss2 pasal nak bagi nama kat dia.. terus la teringat, yg rayyan selalu nyanyi lagu air pasang pagi tu... bila tang nampak bini comel terselit bawah dapur tu, rayyan dah tukar pada nampak bibi comel terselit bawah dapur... bila kitorang tanya bibi tu sape? dia jawab, bibi comel tu anak kucing la... so, kitorang decide bagi nama kat dia bibi comel...

 
 
comel kan gambar kat atas ni? ni gambar masa 1st day aku bawak dia balik rumah... lps makan, duk meround satu umah. alhamdulillah, x susah utk train dia 'membuang' kat dlm litter box. sgt ramah, sume mainan rayyan dia nak main... tu yg buat abg rayyan sgt2 syg kat dia.. wawa dgn sky pulak, mula2 mmg x suka... asyik nak hissing dan lempang je budak kecik ni... tp, dia x kisah... selalu pegi kacau kakak wawa dgn abg sky.. sampai la diorang baik.. especially dgn wawa... asyik berlari je kat dlm rumah ni... jenuh abi dgn rayyan kene kacau masa tido sbb diorang main kejar2 sampai belasah main pijak je abi dgn rayyan yg suka tido kat ruang tamu...
 
ingat lagi, masa mula2 dia dtg rumah, perut buncit... manges penuh kat telinga... alhamdulillah, after a few weeks, aku sempat bawak dia pegi vaksin 1st dose, ambik ubat cacing.. telinga pun dah cantik... berat pun dah naik, dari 700 gm ke 1.1 kg in three weeks. kaki nampak gemuk je, membuat abi dgn ummi geram, rasa nak gigit2 je... :)
 
tp, last week, tiba2 je dia moyok... x nak makan pape... x nak main.. x nak kacau2 ummi dan rayyan... yg aku tau, dia cuma nak manja je dgn aku.. pantang nampak aku bila aku dah balik keje, asyik mengiau je mintak dukung... bila aku gomol2 muka dia, baru dia senyap... aku ingat kan dia sedih sbb wawa tinggalkan dia sbb tgh gatal dgn boyfriend dia... so, dia nak manja2 dgn aku je (aduh, sgt sebak time tulis part ni)
 
 
then, bawak dia ke klinik... dr cakap dia kene jaundice... so, dpt ubat jaundice... ingat nak hantar dia boarding sbb aku nak balik kg. tp, since dia x sihat, aku bawak dia balik kg sekali...
 
 

 
gambar terakhir... dlm kete masa on the way balik kg... dia mmg x larat waktu ni... tp, minta letak atas bahu.... :'(
 
2nd day kat kg, dia makin lemah.. pegi klinik haiwan kerajaan kat kg, tp, diorang just ambik suhu dan bg multivitamin. sungguh tidak membantu... last2, terus ke klinik kat kuantan balik. 2 jam setengah perjalanan balik dr kg... sampai2 ke klinik, pkl 8.15 mlm... dr check, bibi positif kene hawar kucing... or short, virus FPV.. dr ckp harapan 50-50 je.. punca jangkitan, maybe from kutu sbb dia asalnya stray cat, yg mmg ada high chance utk kene virus jahat yg selalu membunuh kucing2. so, bibi kene masuk wad. dr ckp, kene masuk air & bagi ubat 4 jam sekali. hati ni mmg hancur luluh.. menangis2 aku dlm kete sepanjang perjlnn balik ke kg semula.
 
akhirnya, 13/11/12, aku dpt call dr klinik bgtau yg bibi dah pergi buat selama-lamanya... response dia towards medication sgt slow dan finally, dia x dpt diselamatkan. hati aku? hanya Allah yg tau... tapi, aku tau Allah lebih sygkan dia... sekurang2nya sempat sebulan dia merasai kasih syg dari kami sekeluarga...
 
lebih menyayat hati, bila berita tu dikhabarkan pada abg rayyan.. terus dia terdiam dlm kete... then, dia tanya, bibi mati sbb dia ingat rayyan x syg kat dia ke? sbb rayyan main dgn kakak2 semua dan x layan dia ke? rayyan nak tgk bibi... lg sekali aku menangis... aku x sangka yg rayyan pun akan sesedih itu...
 
lps ni, x de lg yg akan kacau ummi bila ummi bukak laptop. x de lagi yg akan jilat bibir ummi, bila ummi x layan dia yg duduk kat depan laptop.
 
 
 
x de lg yg akan manja2 dan main2 dgn ummi dan abg rayyan time nak kami guling2 kat depan tv...
 
 
 
bibi, kami rindu... :'( moga diberi kesempatan untuk bertemu di akhirat nanti...
 

BiRTHDaY aNaK uMMi & aBi