Saturday 17 June 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY... USA, HeRe I CoMe ~ PaRt 1

Ok, ubah tajuk sikit sebab dah nak masuk cerita preparation untuk ke US dah.. hehehe... So, lepas dah dapat reply dari prof dekat university yg dekat Buffalo ni, aku pun memulakan proses permohonan ke universiti ni secara official nya... alhamdulillah, untuk universiti ni, dia tak perlukan aku post original transkrip dari malaysia... masa register nanti je baru bagi dokumen tu... cuma bagi softcopy je dulu, attach dlm application form online tu.. so, lepas2 tu tunggu keputusan dari universiti tu pulak la, nak accept aku ke tak... sebab walaupun prof yg reply tu bagi response positif, still tak menjamin sama ada permohonan tu berjaya ke tak... beza kan dari malaysia.. kat sini, proses nak terima student masuk ke universiti untuk buat master or phd tu strict. tak semestinya, kita apply akan dapat.. percentage of rejection of application tu pun tinggi...

tapi, alhamdulillah.. lepas sebulan kot, dapat email bagitau permohonan aku berjaya.. so, barula aku proceed untuk sambung permohonan untuk cuti sambung belajar dan biasiwa KPT kepada UMP selaku majikan aku... oh, lupa aku nak bagitau prosedur untuk sambung belajar ni... macam dekat UMP ni, once dah dapat offer letter, kenala isi borang2 yang berkenaan & dapatkan sign dekan semua bagai... sekali dengan borang ni, kenala attach dokumen2 yang ada dalam checklist.. ni list of document yang aku ingat2 lupa.. kena ada offer letter dar university, sijil research methodology tu, sijil BTN, result IELTS. lepas dah submit ke HR tu, kenala pulak tunggu ahli2 senat universiti mesyuarat untuk diorang evaluate permohonan tu sama ada diluluskan atau pun tak.. part ni memerlukan kesabaran untuk menunggu sebab mesyuarat ni bukan buat tiap2 minggu, nak buat sebulan sekali pun belum tentu... tapi, bila dah dapat kelulusan dari pihak majikan, barula lepas tu majikan akan hantar ke KPT untuk proses biasiswa SLAB/SLAI tu... yang nipun kena menunggu sebab kalau mesyuarat peringkat UMP pun buat jarang2, mesyuarat peringkat KPT lagila lama... huhuhu

Tak ingat berapa lama aku menunggu.. tapi, lama la jugak... at the same time, aku kena menunggu universiti yang dekat buffalo ni proses dokumen untuk aku apply visa nak duduk US. Anyway, nak masuk US ni, kena ada visa... kalau nak melawat, kena ada visa pelancong, nak study, kena ada visa student, nak keje, kena ada visa kerja... so, as student, ada dua jenis visa yang glamer kat US ni, visa F-1 or J-1 (ni untuk student, kalau untuk suami, anak2, visa diorang F-2 or J-2). So, dekat buffalo ni, visa aku visa F-1. nak apply visa ni, kena pegi pejabat untuk kedutaan US dekat KL tu. tapi, tula... nak apply visa ni, universiti yg dekat US ni kena prepare satu document. kalau untuk visa F-1 ni, dama dokumen tu I-20. tapi, untuk proses ni, application aku sangkut sebab untuk diorang process application aku ni, diorang nak kan financial statement yang menunjukkan kita mampu fulfil minimum expenses untuk duduk di US. memandangkan financial statement dari KPT tak menyatakan amaun yuran yang jelas, universiti kat sini tak nak proses... susah la pulak aku duk email2 pihak KPT mintak diorang issue financial statement dengan actual figure.. tapi, tak dapat.. huhuhu.. last2 aku email pihak universiti dekat buffalo ni bagitau, aku tak tau nak buat apa dah.. selama ni universiti2 lain dekat US accept je financial statement yg KPT bagi... barula, pihak unversiti kat buffalo ni agree untuk process application aku tu... tapi, mmg lama la aku tunggu dia nak proses tu... memang kelam kabut la preparation untuk ke US ni...

Tak silap aku, aku dapat I-20 tu, dalam bulan puasa... which is, tak sampai dua bulan dari tarikh aku nak berlepas ke US... so, bila dapat I-20 tu, baru aku boleh apply untuk buat visa, which, application form tu kena isi online. boleh rujuk kat website ni:
http://www.ustraveldocs.com/my/index.html?firstTime=No
lepas isi form tu, kena pulak schedule untuk interview dekat US embassy. yang tu kena bergantung pada availability of the date. so, masa ni dah kelam kabut semua bagai dah... sebab appointment untuk interview tu dalam 3 minggu sebelum fly. mujur keputusan interview dapat on the spot, lepas tu, passport yang dah ada visa tu dapat keesokan harinya... lupa nak bagitau, untuk apply visa ni, kena bayar jugak, USD 160 sorang. so, macam aku dgn husband & anak 2 orang, kenala kali dengan 4.

lepas dah dapat visa tu, dengan masa yg berbaki dua minggu tu, barula buat urusan dengan UMP untuk booking tiket flight semua... memang last minute sungguh.. dengan nak kemas rumah, sebab nak tinggal.. nak kosongkan bilik dekat UMP lagi... musim raya tapi, tak merasa nak beraya sangat.. sedara mara pun tak sempat jumpa sangat. kawan2 lagila... sempat jumpa a few je...

so, gitula citenya sedikit sebanyak sblm aku fly tu...  nanti aku sambung lagi next entry...

Tuesday 6 June 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 5



Hmm.. sambung balik cerita yang duk tertangguh berbulan2.. aih.. bilalah nak habis hutang cerita ni… huhuhuhu… sebenarnya hari tu dah taip kat word… sikit lagi nak siap.. punnyala panjang taip.. tapi, disebabkan tuntutan tanggngjawab byk sgt.. lupa nak save.. try cari jugak kot ada document autosave.. malangnya, x jumpa dah… takpela… mungkin Allah tak izinkan aku share post yg tu….

Ok, lepas aku tolak tawaran university kat Canada tu, aku put on hold semua usaha mencari tempat untuk buat PhD tu… tambah pulak masa tu aku pregnant kan idris & sepanjang tempoh pregnancy tu, klinik kesihatan & hospital tu dah macam rumah no 2 aku dah… sebab aku kene hypertension dan kena makan ubat... lepas tu, masa pregnant kan idris ni, semua ibu mangandung kena ambik test minum air gula tu.. kali pertama buat masa awal2 pregnancy tu, alhamdulillah clear… tup2, bila test masa pertengahan pregnancy tu, boleh pulak sangkut… bermula la pulak kena buat blood sugar profile (bsp) hampir tiap minggu… disebabkan status kesihatan aku masa pregnant tu, kenala dipantau oleh nurse2, doktor2 & doctor pakar sampaila aku bersalin… so, idris ni mmg dah dapat layanan special dari dlm perut lagi… hehehe

Anyway, lepas dah habis pantang tu, start keja.. barula start nak cari tempat untuk buat PhD. Tapi, bila nak start balik tu, momentum mmg slow bila memikirkan kena start balik mencari dari awal… Merata la hantar email dekat potential supervisor dari universiti2 dekat US tu… tpi, satupun tak de reply. Last2, Prof Wan suggest aku ambik Graduate Record Examination (GRE) tu.. Untuk pengetahuan, GRE ni is one of the requirement kalau nak buat master or phd dekat university2 dekat US. Konsepnya lebih kurang mcm IELTS dan TOEFL tapi content nya berbeza.. GRE ni ada 6 components; Analytical Writing, Verbal Reasoning and Quantitative Reasoning. Analytical writing ni essay writing tapi, susah dari IELTS (ni personal opinion aku je). Susah sebab essay dia lebih kepada argument.. macam dia bagi satu statement, ko kene argue statement tu betul ke tak… huhuhuhu… Verbal reasoning ni pulak bagi aku lebih kepada nak test vocabulary.. tapi, vocabulary tu susah2.. perkataan yg aku sendiri pun tak boleh nak teka pun apa maknanya.. Quantitative reasoning ni pulak macam soalan add math.. tak la susah pun.. tapi, sebab nak kena bersaing dengan masa… jadi agak tricky di situ…

Cara permarkahan dia pun lain dari IELTS.. macam soalan quantitative tu, minimum score dia start dari 130.. ada dua bahagian quantitative reasoning & setiap bahagian ada 20 soalan yang kena jawab dalam masa 35 minit… in total ada 40 soalan.. so, total mark untuk bahagian ni 170… tapi, bila apply kat universiti2 dekat US ni, bukan total mark yang diorang tgk… markah yg kita dapat ni, akan di convert kepada percentile rank… Percentile rank ni adalah percentage orang yg ambik exam ni and dapat lower score dari kita.. Contohnya masa aku ambik exam ni first time, aku dapat 156 dari 170 untuk bahagian quantitative ni… & percentile rank aku masa ni adalah 60%.. so, maknanya, ada 60% other examinee yang dapat markah rendah dari aku.. Other examinee tu worldwide sebab exam ni standardized worldwide & set soalan yg aku ambik tu, sama dengan orang lain yang mungkin ambik dekat negara China or India or US sendiri… So, untuk GRE ni, untuk Analytical writing ada percentile rank sendiri, untuk verbal pun ada percentile rank sendiri, untuk quantitative pun ada percentile rank sendiri… Cuma, kalau untuk engineering ni, quantitative tu la yg paling penting… Boleh refer sini, untuk tahu apa itu GRE..   

Nak daftar untuk exam GRE ni kena la daftar melalui website dia.. kat situ nanti, kena pilih tarikh yang available untuk dipilih & tempat untuk exam tu… tak silap aku kat Malaysia ada tiga tempat je.. dua kat KL, satu lagi kat penang… aku ambik hari tu kat prometric testing center dekat KL. Yuran dia USD195 tak silap aku… ingat2 lupa dah… 

Lepas dah daftar untuk GRE tu, bermula la fasa study untuk GRE tu… bila buat mock test, mesti tak cukup masa… Nampak sgt otak dah tua… lama dah tinggal add math.. huhuhu… so, buatla exercise beria… dengan idris yang masih baby.. study sambal menyusukan baby.. huhuhu… moga2 ilmu y gummi belajar tu masuk sekali kat susu yg idris hisap tu… hehehe

Hari exam, sampai kat center tu, masa nak masuk dlm tempat exam tu, the while body kena scan macam dekat airport tu.. siap ambik gambar semua mcm IELTS la jugak… lepas tu, baru boleh masuk kat tempat exam tu.. oh, lupa pulak nak bagitau, GRE ni computer based exam.. so, once start je exam tu, timer terus on… so, kalau exam tu 35 minit, ngam2 35 minit tu screen soalan tu akan tutup, tak kasi jawab dah… nak check jawapan pun tak boleh dah… lepas tu, terus continue dengan bahagian2 yang lain… pengalaman aku, aku rasa exhausted ambik exam tu. Ada sekali je masa kita boleh pilih untuk take a break… tapi, sekali je la… tak ingat dah untuk berapa lama… so, lepas dah jawab semua bahagian tu, kita boleh dapat terus score untuk quantitative & verbal masa tu.. Cuma, percentile rank je la yg x tau lagi.. sebab system dia kena buat analysis dengan score org2 lain… Lepas tu, dia akan bagi kita buat pilihan beberapa university dekat US yang kita nak hantar score tu tanpa charge pape… lupa lagi nak bagitau, result GRE kita ni, bila kita apply mana2 universiti dekat US, bukan kita yang hantar sendiri… system dia yang akan hantar.. so, universiti2 yang kita mintak tu, akan cari result GRE kita melalui database diorang dekat GRE system tu… canggih kan…. (ni aku yg amaze sendiri..;p)

Lepas 2minggu kot official result keluar… tapi, disebabkan percentile rank aku 60% je untuk quantitative, aku tak rasa confident nak guna result tu utk apply dekat universiti2 dekat US. So, aku decide untuk ambik exam tu lagi sekali… terbang lagila USD 195 aku… takpela… berkorban sikit untuk sambung belajar ni…

Kali kedua aku ambik, Alhamdulillah, percentile rank aku improve dari 60% ke 70%. Barula, lepas tu, aku dapat response dari advisor aku yang sekarang ni and now here I am di bumi Buffalo.. Next entry pulak la aku cerita PhD preparation journey aku lepas dah dapat tempat ni...

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers