Saturday 16 September 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ MiSCaRRiaGe DaN QuaLiFYiNG eXaM PaRT 1 (FiRST aTTeMPT)



Bismillaahirrahmanirahiiiiim…

Hari ni hari jumaat.. bila ptg2 macam ni, mood nak baca paper pun mulala merudum, campur dgn mengantuk lagi… so, bolehla ambik masa ni utk update blog dgn sambungan dari post aku sebelum ni lps semester pertama aku kat sini..

Tengok tajuk, ada dua perkara yg jadi kat aku masa ni… macam yg aku pernah bagitau sebelum ni, masa aku pegi orientation & masa 1st time jumpa supervisor aku tu, aku diberitahu yang aku kena ambik qualifying exam part 1 lepas habis sem 1 aku kat sini… sebenarnya, masa tahun2 sebelum aku masuk, diorang semua ambik qualifying exam ni lepas second semester, tapi, semenjak batch aku masuk, diorang tukar graduate manual, jadi kena ambik dari 1st sem lagi… so, masa 1st sem tu akum mg stress sbb dgn nak sesuaikan diri dgn environment, dgn nak familiar dgn course yang aku tak familiar, nak belajar balik buat programming matlab lagi, dgn grading system lagi. Untuk programming tu pun, sbb aku takde kawan, mmg struggle study sendiri.. bila buat assignment, pulun la x tido berhari2 buat programming.. sampai tgh buat apa pun selain study, otak ni duk fikir pasal programming especially bila run program, ada error… mulalah stress berhari2… huhuhu… (nila gayanya bila umur dah banyak, nak study balik programming semua bagai…) so, aku mmg tak dpt nak concentrate sgt utk study for qualifying exam ni… just nak recall balik, part 1 qualifying exam ni yang aku kena study balik semua subject yang aku ambik masa undergrad yg dah lebih 15 tahun dulu… banyak pulak tu… ada 7 subjects semuanya… bila dah habis sem 1 tu, dgn masa yang berbaki 3 minggu tu la baru aku pulun study.. seminggu sebelum exam tu, kawan aku dari ump dtg register utk phd jugak dekat buffalo ni… so, sementara tak jumpa rumah utk disewa lagi tu, aku tumpangkan dia & wife dia kat rumah aku… takdela ganggu apapun… sbb aku ada masa study aku yg tersendiri… happy lagi adala… boleh tolong2 apa yang patut.. sama la mcm aku dtg dulu, tak tau apa, adik2 ni banyak juga membantu….

Tapi, tula.. mana nak jangka aku boleh miscarriage sbb aku sendiri pun tak tau aku pregnant.. yg aku tau, mmg dah lama aku tak period.. bila aku period sehari sebelum kawan aku sampai tu, aku ingatkan aku mmg period la…  mesti sape yg baca post aku ni pelik kenapa aku tak rasa aku pregnant walaupun dah 3 bulan tak period… sebenarnya sebelum aku lahirkan idris, anak aku yg kedua ni, aku penah pegi dapatkan rawatan kesuburan sbb rayyan dah besar, tapi, kami still takde rezeki baby kedua… rayyan pulak duk mintak2 nak adik.. masa dptkan rawatan tu, doctor diagnose aku ada PCOS yang menyebabkan aku berbulan2 tak period.. ambik ubat turun darah, baru period… 6 bulan jugak aku berulang ke klinik kesuburan, ambik clomid, cucuk perut pulak nak bagi telur matang, tapi, still tak berjaya… sampai aku malas nak berusaha pape.. tapi, Alhamdulillah, Allah bagi jugak aku rezeki idris ni lepas aku dah redha kalau rayyan sorang je anak aku… So, bila aku tak period berbulan2 kat sini, aku anggap biasala tu, mungkin aku stress, walaupun symptom mabuk2 tu ada.. tapi, masa tu aku anggap, aku mabuk sbb tak tahan dgn wheather sbb masa tu sejuk…

Berbalik pada cerita aku tadi balik… lepas aku period sehari sebelum kawan aku sampai tu, aku mcm pelik jugak… patutnya senggugut hari first period la kan… tapi, aku start senggugut hari ketiga… & darah period tu makin banyak pulak… so, hari keempat tu, lepas pegi2 tgk rumah utk kawan aku tu, kami pegi rumah ainul, kawan aku kat sini sebab dia ajak kami minum petang kat rumah dia.. masa kat rumah dia tula, aku cakap dgn ainul, rasa mcm pelik pulak period kali ni, tiba2 senggugut dtg tgh2 cycle… so, masa lepas makan sambil duduk2 sembang tu, aku dah rasa lain mcm… masuk toilet, Ya Allah, banyaknya darah.. sampai nak bocor2 dah.. bawak jugak bekal pad, tapi, sekejap je pakai dah penuh…last2 terpaksa mintak pad dgn ainul… pakai 2 lapis, tapi, darah merah yg segar tu, menitik2 menembusi pad… aku dah rasa lain macam… cakap dgn ainul, ainul cakap, ‘ke akak pregnant? Cuba check”. Aku pun ambik pregnancy test ainul & check.. Ya Allah, dua line tu naik terang gila… mmg betul aku pregnant… dalam hati, “ni miscarriage ke ni?”… banyak kali aku tukar pad… tapi darah melimpah2 keluar… mula2 ingat esok2 je nak pegi klinik kat campus.. tapi, ainul dgn azrin(husband ainul) insist suruh pegi hospital malam tu jugak.. so, bertolakla kami ke hospital…

Masa dlm perjalanan tu, perut dah semakin sakit… mcm contraction nak bersalin tu.. tapi, takla sekerap mana lagi… sampai ke hospital, lepas daftar tu, sementara nak tunggu turn kena panggil tu, tibe2 sakit makin kuat & kerap. rasa sakit mcm contraction nak bersalin tu tapi, sakit nak bersalin lagi sakitla sebenarnya. darah pun dah byk keluar.. bila kena panggil nama tu, masa nak jalan masuk bilik pesakit tu, mata tiba2 je gelap.. dah nak pitam dah masa tu.. nasib baik dah nak sampai bilik…  bila masuk bilik tu, nurse suruh aku salin baju & naik atas katil.. masa nak naik tu la, seketul darah jatuh atas alas tilam tu.. abg dah mabuk dah tgk darah byk sgt… lepas je darah tu keluar, sakit terus berkurangan.. lepas tu, diorang ambik darah aku & then tolak aku utk scan perut… lepas tu, baru hantar aku balik semula ke bilik pesakit tu… tak lama lepas tu doctor pulak datang bawak result scan aku & then dia seluk la kat bawah tu… dia keluarkan lagi seketul besar separuh genggam lagi dari bawah tu.. lepas tu, dia bagitau, kalau ikut scan, dah takde apa dah dlm rahim aku.. diapun dah keluarkan sisa yg last tu tadi… result darah aku pun dah keluar & memang aku dah pregnant cuma dia tak dpt estimate berapa minggu dah aku pregnant tapi dia cakap bukanlah baru sangat tapi still in the first trimester… aku sedihla juga bila tau tu.. yela, bukan senang nak dapat. Patutla idris buat perangai sgt sejak akhir2 ni… tapi, takpelah, Allah tau apa yang terbaik utk hambaNya… Allah tahu, mungkin aku tak ready lagi sebab Allah tahu struggle aku kat sini… at the same time, Allah nak bagitau, semua ni milik Allah… Allah boleh ambik bila2 masa je… aku redha…

A few days lepas tu, bila pegi exam qualifying exam, aku tak dapat jawab apapun… tgk semua soalan, fikiran aku kosong… mcm aku tak pernah study apapun… dan aku dah boleh agak mesti aku tak lulus exam ni… mcm nak nangis pun ada masa exam tu… duk terfikir, apa masa depan aku kat sini ni… adakah aku akan stay or aku akan balik tanpa PhD? Esoknya aku jumpa advisor aku, bawak semua surat doctor & dia suggest aku hantar email dgn surat doctor dekat graduate director utk school aku so that, takde apa2 tindakan akan dikenakan dekat aku kalau aku tak lulus… Alhamdulillah, director tu bagi peluang utk aku ambik kali kedua tapi, tahun depannya pulak…

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers