Wednesday 10 August 2016

RaMaDHaN & SYaWaL PeRTaMa Di PeRaNTauaN ~ PaRT 1




Menyelit sikit dekat post pasal Phd tu.. mcm bosan pulak kalau nak buat karangan pasal phd journey je semata2.. anyway, nak post cite pasal ramadhan & syawal pertama di bumi uncle sam ni.. biarla dah lepas pun bulan Ramadhan & syawal tu pun… tapi, kalau tak post cite ni.. x de la kenangan yg aku boleh imbau bila bukak blog ni… (ni sebab duk mengimbau kenangan lama yg aku duk post kat blog dulu2)

Anyway, tahun ni tahun pertama kami sekeluarga berpuasa & beraya jauh dari mak ayah, adik beradik… tahun2 sblm ni, semenjak kami dah duduk Kuantan, bila bulan puasa, hampir tiap2 minggu aku drive balik rumah mak ayah aku kat dungun. Tiap kali raya pulak, memang raya rumah kat mak ayah aku je… huhuhu… miss them so much. Mujur ada kawan2 & adik2 undregrad yg x balik cuti summer… bolehla berkumpul sekali sekala buka puasa sama2…

Berpuasa di sini, yang mencabar nya tempoh berpuasa yang panjang. Pening jugak nak plan masa utk sahur… Sebabnya subuh dekat2 pukul 4 pagi… maghrib pulak lebih kurang pukul  8.50 malam. Isya pulak pukul 10.45 malam… memandangkan isya tu lambat, lepas solat isya’, ngaji, solat terawikh semua dah dekat pukul 12 tgh malam.. serba salah nak tido sebab tinggal 3 jam je lagi untuk sahur pulak… tido kang takut terlepas sahur pulak… kalau tak sahur kang, nak puasa untuk hampir 17 jam, melepet la semua... huhuhuhu… so, biasanya aku take a nap je kat couch kat ruang tamu tu…

Alhamdulillah, tempoh 17 jam tu ok je utk kami2 yg dah besar ni.. yg kesiannya rayyan la… first week puasa tu, dia still sekolah lagi.. sekolah dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 3.00 ptg… since aku hantar dia ke public school, bukan international school, dia sorang je la international student kat sekolah dia… so, kami kena explain kat cikgu dia yang dia ni puasa so, tak boleh makan & minum masa break tengahari tu..

Sehari sebelum puasa tu sebenarnya kami baru balik dari jalan2 kat Washington dc and Hershey park… nantila.. kot rajin, aku wat entry khas utk cuti2 tu… bukan setakat cuti2 tu, cuti2 lain pun aku try la ambik masa utk buat karangan…. (x janji… bergantung pada kerajinan & tahap ingatan… hehehe)

Lepas first week puasa, sedih je bila sembang dgn mak.. sebab mak ayah cakap diorang pegi jalan2 ke kl.. aku tanya, pegi kl sebab gi tgk anak yan ke? (yan ni adik aku yg nombor tiga.. dia baru lepas bersalin anak ke 4). Mak cakap.. x de la sgt… mak cakap sebab sebelum2 ni, tiap kali puasa, hujung minggu aku mesti balik dgn anak2.. tp, puasa kali ni, x de.. so, mak cakap mak rindu… terus mak ajak ayah jalan ke kl… mar, adik aku yg no 2 tu bagi voucher penginapan kat hotel kat kl. X ingat hotel mana… (adoi, asal citer pasal ni, mesti aku sebak).

Terus terang, puasa kali ni, aku langsung x leh dengar lagu raya… ada sekali tu, Nampak org share khai bahar tu nyanyi lagu raya sudirman, Dari jauh ku pohon maaf… aku pun gatal tangan pi bukak… separuh je dapat dengar, the rest, aku nangis teresak2 dlm bilik… rindu sgt kat keluarga di Malaysia…

Anyway, sepanjang bulan puasa ni.. ada a few times dapat jemputan berbuka puasa kat luar.. first week tu, adik2 undergrad (boys) buat majlis berbuka puasa kat rumah diorang… third week, kawan yg sama2 wat phd kat sini, azrin & ainul pulak wat kat rumah diorang… bolehla buat ubat rindu kat suasana kemeriahan berbuka puasa ramai2…

Aku ada gak wat majlis berbuka puasa kat rumah. Menu simple2 je, nasi hujan panas, ayam masak merah, acar je… lepas tu, menu2 yg lain tu adik2 dgn kawan2 yg bawak.. ada yg bawak roti jala, puding sagu, puding jagung, cocktail, ada yg prepare sate & kitorang bakar kat blkg rumah… anyway, semua sedap2…layan je la gambar2 kat bawah ni...

antara yg hadir, bakar sate
 

close up sate...
 

antara menu yang ada
 

 close up sikit menu yg aku masak

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers