Tuesday 9 August 2016

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 1



Lama blog ni sepi lepas buat comeback hari tu… life had been busy… huhuhu.. anyway, as promised before, ni la starting untuk cerita PhD aku… Cuma, bila nak mula tu, mcm agak mengambil masa yg lama untuk berfikir… memikirkan tentang bila sebenarnya PhD journey aku bermula… ikutkan, keinginan untuk buat phd ni mmg dah ada since aku ambik bachelor degree in manufacturing engineering kat uia lagi… mmg dah simpan cita2 nak buat phd tapi, bknla immediately lepas aku habis study… Aku ingat lagi masa study dulu, plan nak keja as engineer for at least 5 years, lps tu, nak sambung master, lps tu, nak jadi lecturer, then, nak buat phd… Alhamdulillah.. bila aku review balik perjalanan hidup aku, mmg apa yg aku achieve sampai hari ni, mmg mengikut plan aku walaupun masa yg aku ambik agak lama berbandng kawan2 yg aku kenal.. tapi, takpe… aku percaya semua yg aku tempuh ni ada hikmah yg Allah berikan, ada pengajaran yg Allah nak aku ambik…

Oppsss… sorry, termelalut pulak, pi flashback kenangan silam pulak… papepun, officially, preparation untuk buat phd aku bermula bila aku lapor diri as a lecturer in the ipta.. bila masa first day aku lapor diri, & aku jumpa boss aku, Dr Wan, dia assign subject cad/cam utk aku mengajar.. masa tu dia suruh aku refer buku written by Zeid Ibrahim pasal geometric modeling… ingat lagi masa tu dia cakap,

“Munira, nanti awak ajar cad/cam, awak refer buku ni… tengok ni, pasal mathematical modeling of curve, surface creation… setakat ajar mcm mana guna software cad tu, tu bukan engineering lagi tu.. saya nak student kita tahu apa theory behind the software tu.. biar diorang boleh buat programming untuk develop simple cad operation”

Aku masa tu terkebil2 belek buku tu… cuak gila sebab tak pernah belajar pun bende2 alah ni… nak buat programming? Lagila takut.. sebab dah lama gila tinggal… last aku buat programming pun masa aku undergrad dulu which is almost ten years ago… agaknya bile Dr Wan tgk aku mcm cuak je, dia cakap lagi,

“Tak pe Munira… awak study buku ni slow2.. saya percaya awak boleh buat dalam bidang cad/cam ni.. sesuai untuk awak… kat malaysia ni, takde lagi yg develop cad software sendiri. Ada rezeki boleh commercial kan product kita sendiri ni”

Aku cuak2 pun, tapi, aku rasa apa yg dia cakap tu mmg make sense.. dalam hati, bila lagi aku nak cabar diri sendiri… So, bermulalah perjalanan aku dalam bidang cad ni walaupun sekadar mengajar on the surface, x de la pegi ke area programming tu lagi.. sebab aku sendiri pun belajar sambil mengajar student2 aku…

Dan dalam proses aku untuk belajar dalam bidang yg baru bagi aku ni, fakulti yg aku attached ni pun menempuh byk perubahan.. asalnya hanyala sebuah department of manufacturing engineering, then, jadi fakulty of manufacturing engineering.. mula2, boss aku lead the department as timbalan dekan fakulti, lepas habis term, prof Y pulak jadi dekan, tapi sekejap je.. lps prof Y berpindah ke university lain, prof S pulak yang jadi dekan… masa dia jadi dekan ni la, nama aku, Rosli & Imrah (faculty mate aku) naik untuk cari placement for phd… so, masa ni la bermulanya journey mencari tempat untuk phd bagi kami…..

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers