Tuesday 9 August 2016

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 2



Bila nama dah naik untuk buat PhD, masa tula masing2 terkial2 nak fulfil requirement untuk confirmation (sah jawatan). Masa tu, aku cuma tinggal IELTS je lagi yg x ambik… x de kekuatan nak ambik kononnya.. So, masa preparation nak ambik IELTS tu, plannya nak ambik utk confirmation & juga untuk fulfil requirement KPT kalau nak sambung belajar luar negara.. ikutkan syarat confirmation, IELTS perlukan band 6.0 & syarat utk sambung belajar luar negara pulak, nak IELTS 6.5. so, target nak dapatkan IELTS tu 6.5 la… tapi, tula.. bila kita ada komitmen utk mengajar & tugas2 lain, aku cuma sempat prepare utk IELTS tu a few days sebelum exam… (salahkan komitmen konon.. padahal poor time management & malas… huhuhu..).

Untuk ambil IELTS tu, prosedur nya aku ingat2 lupa dah.. tapi, kat Malaysia ni, kalau nak ambik IELTS, kita boleh pilih sama ada nak ambik dengan British Council ataupun IDP. Aku ambik IELTS dengan IDP.. bukak website dia, & aku pilih IDP subang & tarikh, then register. Lepas tu, aku x ingat dah pasal payment semua tu.. tapi, yg aku ingat, aku ada conversation dgn someone name Aaron dari IDP through email pasal payment semua tu… hmm, kenapa aku ambik dgn IDP eh?  Rasanya sebab aku aim nak buat speaking test on the same day dgn written test rasanya & masa aku register dgn IDP tu, mmg org x ramai lagi… oh, lupa nak bagitau, exam IELTS ni ada 4 component: listening, reading, writing & speaking. Untuk, listening, reading & writing tu, akan kena ambik berturut2 dekat dalam exam hall tu. Untuk speaking pulak, diorang akan bagi schedule untuk slot kita je. IDP ni biasanya dia buat speaking test tu on the same day tapi atas kekosongan la jugak. Kalau lambat, ada yg kene ambik hari lain. So, memandangkan aku yg stay kat Kuantan ni, nak ambik kat subang, mmg lecehla kot nak berulang2 semata2 untuk ambik speaking test yg 15 minit tu je kalau kene hari lain. Tu yg aku register dgn IDP tu.. dgn british council tu, aku x sure pulak arrangement nya mcm mana.

Memandangkan exam tu hari sabtu pagi, jumaat tengahari tu, hid dgn aku bertolak ke shah alam, tido rumah kawan2 bujang dia… terpaksa tinggalkan dua kekasih hati tu di Kuantan demi perjuangan di dewan peperiksaan… uhuk2… pagi2 esoknya, bertolak IDP subang tu… mmg kena sampai awal sebab sebelum masuk, diorang akan check ic, ambik gambar kat situ. Beg mmg x boleh bawak masuk, tapi, ada almari beg diorang sediakan. Yang boleh bawak masuk cuma pen, pensel (mechanical pencil tak boleh ye) & pemadam.

First time, ambik exam tu, aku dapat meja depan sekali… betul2 mengadap dinding… exam yg mula2 listening.. kena jawab soalan berdasarkan recording yang diorang pasang. Memang kene concentrate betul2, sebab kena jawab on the spot.. tapi, ada juga ketikanya aku terkoya.. tau2 dah terlepas dua soalan… huhuhu.. lps tu, sambung pulak dgn exam reading/writing, lps tu sambung pulak dengan writing/reading… (aku buat reading/writing and writing/reading sebab aku x ingat yg mana start dulu) untuk reading ni, kene baca passages, then jawab soalan. Untuk writing pulak, ada dua part.. part 1, kene explain charts (bar or pie or other types of chart) or map or process diagram. Part 2 kene bagi opinion berdasarkan topic yg dia bagi. Yang part writing ni mmg kene ada proper time management sebab selalunya org x cukup masa sebab nak plan isi lagi, nak elaborate lagi.

Papepun, advice aku kalau nak ambik ielts, kalau boleh dua minggu sebelum exam tu, dengar radio, tgk tv semua dalam English… bkn apa, nak bagi familiar dgn English conversation, so, x de la terkejut bila ambik listening tu.. then, bacala semua reading material in English jugak… bukan novel English ye… tapi bahan bacaan ilmiah la ye.. mcm newspaper ke, readers digest ke, forbes ke & yg seangkatan dengan nya so that, boleh berfikir secara ilmiah dalam Bahasa inggeris…

Utk speaking, masa biasanya dalam 10-15 minit je… speaking test face to face dgn examiner. Tak ingat ada berapa part dlm speaking test ni.. tapi, yg aku ingat, one of the part tu, dia akan tanya satu topik, then dia akan bagi sehelai kertas kecik kosong utk jot down point dalam masa 1 minit. Lepas tu, kita kene jawab soalan dia dlm masa yg ditetapkan. Mcm aku, masa tu, aku dapat topik, dekat mana kita patut beradab sopan. Aku x ingat dah aku jawab apa. Lepas habis part yg tu, dia akan tanya part bebas pulak.

Gitula ceritanya masa first time aku ambik exam IELTS.. aku asyik sebut first time, sebab aku ambik pulak IELTS ni utk 2nd time… huhuhuhu… sebabnya, masa 1st time aku ambik ni, aku dapat cukup2 6.0.. listening 6.5, reading 6.0, writing 5.5, speaking 6.5… huhuhuhu.. sedih je rasa… rasa mcm org x pandai Bahasa inggeris lak… huhuhuhu… so, aku dapat guna result tu utk confirmation je…

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers