Friday 24 March 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY BeGiN ~ PaRT 3



So, kali ni sambung balik pasal phd preparation journey… sbnrnya, sebelum aku ambik ielts tu, aku dah start mencari potential universities untuk aku buat phd… dalam mencari tu,  aku tertarik dgn one of the university dekat new Zealand sebab dia ada buat research in cad programming, STEP NC.. tambah pulak bila bukak website prof yang buat research in that area, dia ada one phd student dari Malaysia.. so, aku pun email prof tu tanya kot2 dia boleh terima aku as student dia.. Alhamdulillah, prof tu reply email aku… excited sebab tu la first reply yg aku dapat & reply tu pulak reply positive. Prof tu sudi nak supervise utk phd aku… then, aku send pulak email dekat student prof tu yg dari Malaysia tu.. & she gave a good feedback too… dia cakap, prof tu memang baik tapi, phd ni is a journey… ada pasang & surutnya jugak….

Tapi, bila result ielts yg tidak memberangsangkan tu, aku mcm tak ready je nak repeat ambik ielts lagi sekali dlm masa terdekat.. tambah pulak aku mmg bz dgn sebagai penyelaras untuk proses akreditasi program engineering kat fakulti aku… sape yg penah in charge atau take part bahagian akreditasi ni tahula bz dia mcm mana… since aku tau result ielts aku x lepas sebab aku tak prepare sgt bahagian writing tu, aku takut kalau ambik lagi sekali dlm masa terdekat, result nya akan sama je…

At the same time, aku minta pendapat dari one of the prof dekat fakulti yg merupakan mentor aku dalam bahagian akreditasi ni. Maklumla, aku ni asal nya engineer kilang, research background kat kilang mmg ciput la sbb masa kat kilang aku lebih in charge bahagian nak increase productivity & reduce defect. masa mana nak buat research  nya. tambah lak dpt boss yg suka nak suruh aku in charge mcm2 masa kat kilang dulu. bila jadi lecturer kat kolej swasta, beban mengajar pulak byk sgt tambah dengan jawatan2 lain yang melibatkan program2 offered dekat school aku. So, research background tu mmg x de. masa buat master, master by coursework. so, final project tu x dela kene buat research bagai. Prof tu suggest kat aku pegi la US or Canada sebab kat sana, kena ambik course awal2 tu. so, sempat lagi nak prepare utk research bila dah lepas qualifying exam… berbeza dengan university dekat UK & yang lain2 yang bila pegi sana dah kene strong in research dah… aku tanya prof tu, bukan phd kat US ni susah sebab awal2 tu kene lulus comprehensive/qualifying exam dulu ke? Sebab ramai je yang balik tanpa Phd sebab tak lulus exam tu… exam tu yang menentukan student tu layak digelar Phd candidate atau tak.. Prof tu selamba je cakap.. exam tu jela yg susah sikit.. kalau lulus tu, insyaAllah Phd dlm tangan dah. Cuma, lambat atau pun tak je… dia cakap, dia buat phd dia kat penn state.. diapun buat phd dlm 7 tahun… Aku… 7 tahun???? Mcm x sanggup je… huhuhu

Tapi, bila fikir2 balik, make sense jugak apa yg dia cakap tu.. tapi, disebabkan aku takut nak apply phd kat US dan tambah pulak kawan aku cakap, nak apply buat phd kat US, kena ambik GRE (ni exam) dulu.. akupun search universiti2 dekat Canada je. Dalam mencari tu, aku terjumpa university yang ada buat research dlm bidang yg aku nak… University Manitoba.. Aku email prof yang berkenaan… Alhamdulillah, prof tu reply & dia willing to supervise aku as Phd student dia & prof tu suruh aku proceed dgn PhD application through university’s website… Perasaan masa tu Allah je yg tau…

Nanti aku sambung balik dengan entry seterusnya pasal proses permohonan aku dengan University Manitoba tu dan kenapa aku tak pegi… Permohonan aku berjaya & tinggal step utk permohonan cuti belajar dari UMP as majikan & permohonan biasiswa SLAB/SLAI dari KPT je.. tapi, aku tak pegi…

No comments:

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers