Menyelit sikit dekat post pasal Phd tu.. mcm bosan pulak
kalau nak buat karangan pasal phd journey je semata2.. anyway, nak post cite
pasal ramadhan & syawal pertama di bumi uncle sam ni.. biarla dah lepas pun
bulan Ramadhan & syawal tu pun… tapi, kalau tak post cite ni.. x de la
kenangan yg aku boleh imbau bila bukak blog ni… (ni sebab duk mengimbau
kenangan lama yg aku duk post kat blog dulu2)
Anyway, tahun ni tahun pertama kami sekeluarga berpuasa
& beraya jauh dari mak ayah, adik beradik… tahun2 sblm ni, semenjak kami
dah duduk Kuantan, bila bulan puasa, hampir tiap2 minggu aku drive balik rumah
mak ayah aku kat dungun. Tiap kali raya pulak, memang raya rumah kat mak ayah
aku je… huhuhu… miss them so much. Mujur ada kawan2 & adik2 undregrad yg x
balik cuti summer… bolehla berkumpul sekali sekala buka puasa sama2…
Berpuasa di sini, yang mencabar nya tempoh berpuasa yang
panjang. Pening jugak nak plan masa utk sahur… Sebabnya subuh dekat2 pukul 4
pagi… maghrib pulak lebih kurang pukul
8.50 malam. Isya pulak pukul 10.45 malam… memandangkan isya tu lambat,
lepas solat isya’, ngaji, solat terawikh semua dah dekat pukul 12 tgh malam..
serba salah nak tido sebab tinggal 3 jam je lagi untuk sahur pulak… tido kang
takut terlepas sahur pulak… kalau tak sahur kang, nak puasa untuk hampir 17
jam, melepet la semua... huhuhuhu… so, biasanya aku take a nap je kat couch kat
ruang tamu tu…
Alhamdulillah, tempoh 17 jam tu ok je utk kami2 yg dah besar
ni.. yg kesiannya rayyan la… first week puasa tu, dia still sekolah lagi..
sekolah dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 3.00 ptg… since aku hantar dia ke
public school, bukan international school, dia sorang je la international
student kat sekolah dia… so, kami kena explain kat cikgu dia yang dia ni puasa
so, tak boleh makan & minum masa break tengahari tu..
Sehari sebelum puasa tu sebenarnya kami baru balik dari
jalan2 kat Washington dc and Hershey park… nantila.. kot rajin, aku wat entry
khas utk cuti2 tu… bukan setakat cuti2 tu, cuti2 lain pun aku try la ambik masa
utk buat karangan…. (x janji… bergantung pada kerajinan & tahap ingatan…
hehehe)
Lepas first week puasa, sedih je bila sembang dgn mak..
sebab mak ayah cakap diorang pegi jalan2 ke kl.. aku tanya, pegi kl sebab gi
tgk anak yan ke? (yan ni adik aku yg nombor tiga.. dia baru lepas bersalin anak
ke 4). Mak cakap.. x de la sgt… mak cakap sebab sebelum2 ni, tiap kali puasa,
hujung minggu aku mesti balik dgn anak2.. tp, puasa kali ni, x de.. so, mak cakap
mak rindu… terus mak ajak ayah jalan ke kl… mar, adik aku yg no 2 tu bagi
voucher penginapan kat hotel kat kl. X ingat hotel mana… (adoi, asal citer
pasal ni, mesti aku sebak).
Terus terang, puasa kali ni, aku langsung x leh dengar lagu raya…
ada sekali tu, Nampak org share khai bahar tu nyanyi lagu raya sudirman, Dari
jauh ku pohon maaf… aku pun gatal tangan pi bukak… separuh je dapat dengar, the
rest, aku nangis teresak2 dlm bilik… rindu sgt kat keluarga di Malaysia…
Anyway, sepanjang bulan puasa ni.. ada a few times dapat
jemputan berbuka puasa kat luar.. first week tu, adik2 undergrad (boys) buat
majlis berbuka puasa kat rumah diorang… third week, kawan yg sama2 wat phd kat
sini, azrin & ainul pulak wat kat rumah diorang… bolehla buat ubat rindu
kat suasana kemeriahan berbuka puasa ramai2…
Aku ada gak wat majlis berbuka puasa kat rumah. Menu simple2
je, nasi hujan panas, ayam masak merah, acar je… lepas tu, menu2 yg lain tu
adik2 dgn kawan2 yg bawak.. ada yg bawak roti jala, puding sagu, puding jagung,
cocktail, ada yg prepare sate & kitorang bakar kat blkg rumah… anyway,
semua sedap2…layan je la gambar2 kat bawah ni...
antara yg hadir, bakar sate
close up sate...
antara menu yang ada
close up sikit menu yg aku masak
No comments:
Post a Comment