Lama blog ni sepi lepas buat comeback hari tu… life had been busy…
huhuhu.. anyway, as promised before, ni la starting untuk cerita PhD aku… Cuma,
bila nak mula tu, mcm agak mengambil masa yg lama untuk berfikir… memikirkan
tentang bila sebenarnya PhD journey aku bermula… ikutkan, keinginan untuk buat
phd ni mmg dah ada since aku ambik bachelor degree in manufacturing engineering
kat uia lagi… mmg dah simpan cita2 nak buat phd tapi, bknla immediately lepas
aku habis study… Aku ingat lagi masa study dulu, plan nak keja as engineer for
at least 5 years, lps tu, nak sambung master, lps tu, nak jadi lecturer, then,
nak buat phd… Alhamdulillah.. bila aku review balik perjalanan hidup aku, mmg
apa yg aku achieve sampai hari ni, mmg mengikut plan aku walaupun masa yg aku
ambik agak lama berbandng kawan2 yg aku kenal.. tapi, takpe… aku percaya semua
yg aku tempuh ni ada hikmah yg Allah berikan, ada pengajaran yg Allah nak aku
ambik…
Oppsss… sorry, termelalut pulak, pi flashback kenangan silam pulak…
papepun, officially, preparation untuk buat phd aku bermula bila aku lapor diri
as a lecturer in the ipta.. bila masa first day aku lapor diri, & aku jumpa
boss aku, Dr Wan, dia assign subject cad/cam utk aku mengajar.. masa tu dia
suruh aku refer buku written by Zeid Ibrahim pasal geometric modeling… ingat
lagi masa tu dia cakap,
“Munira, nanti awak ajar cad/cam, awak refer buku ni… tengok ni, pasal
mathematical modeling of curve, surface creation… setakat ajar mcm mana guna
software cad tu, tu bukan engineering lagi tu.. saya nak student kita tahu apa
theory behind the software tu.. biar diorang boleh buat programming untuk
develop simple cad operation”
Aku masa tu terkebil2 belek buku tu… cuak gila sebab tak pernah belajar
pun bende2 alah ni… nak buat programming? Lagila takut.. sebab dah lama gila
tinggal… last aku buat programming pun masa aku undergrad dulu which is almost
ten years ago… agaknya bile Dr Wan tgk aku mcm cuak je, dia cakap lagi,
“Tak pe Munira… awak study buku ni slow2.. saya percaya awak boleh buat
dalam bidang cad/cam ni.. sesuai untuk awak… kat malaysia ni, takde lagi yg
develop cad software sendiri. Ada rezeki boleh commercial kan product kita
sendiri ni”
Aku cuak2 pun, tapi, aku rasa apa yg dia cakap tu mmg make sense..
dalam hati, bila lagi aku nak cabar diri sendiri… So, bermulalah perjalanan aku
dalam bidang cad ni walaupun sekadar mengajar on the surface, x de la pegi ke
area programming tu lagi.. sebab aku sendiri pun belajar sambil mengajar student2
aku…
Dan dalam proses aku untuk belajar dalam bidang yg baru bagi aku ni,
fakulti yg aku attached ni pun menempuh byk perubahan.. asalnya hanyala sebuah
department of manufacturing engineering, then, jadi fakulty of manufacturing
engineering.. mula2, boss aku lead the department as timbalan dekan fakulti,
lepas habis term, prof Y pulak jadi dekan, tapi sekejap je.. lps prof Y
berpindah ke university lain, prof S pulak yang jadi dekan… masa dia jadi dekan
ni la, nama aku, Rosli & Imrah (faculty mate aku) naik untuk cari placement
for phd… so, masa ni la bermulanya journey mencari tempat untuk phd bagi
kami…..
No comments:
Post a Comment