Saturday, 14 April 2018

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ QuaLiFYiNG eXaM PaRT 1 (SeCoND aTTeMPT)


Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim…

Berakhirnya semester ketiga aku di USA ni, masa bermulala fasa bertungkus lumus study utk qualifying exam part 1 pulak in one month. Masa sebulan ni, memang aku tak keluar rumah.. duduk bertapa je dalam bilik.. anak2 duk bising kat luar bilik pun aku tak peduli. Maafkan ummi ye, anak2 sayang… keluar bilik pun utk makan & rehat kejap… masa tula kalau aku nak bercakap dgn abg & anak2.. Meja study dlm bilik penuh dgn buku2, kertas2 nota & exercise. Whatsapp group yg ada member2 fakulti yg tgh sambung belajar jadi tempat aku tanya soalan yg berkaitan dgn exam ni… memang betul2 all out study ni sbb ni dah 2nd attempt yang menentukan sama ada aku stay ataupun tak..

Bila org baca, mesti org cakap… tulah.. sape suruh study last minute… tapi, hakikatnya… preparation utk exam ni aku dah buat since awal semester ketiga lagi… tapi, sepanjang semester tu, of course la aku tak boleh nak tumpukan sepenuh perhatian kat exam ni je memandangkan aku perlu tumpukan perhatian utk courses yg aku ambik masa sem tu jugak… tambah pulak, qualifying exam ni, bukan tanya soalan dari satu topik je… soalan dia merangkumi semua aspect of mechanical engineering yang konsepnya berbeza2 antara setiap courses dan formula pun lain2… tambah2 pulak bila formula pun tak di provide masa exam… so, exam ni mmg menguji knowledge dlm bidang mechanical engineering… yang aku ambik masa 1st year & 2nd year during undergraduate dulu… tambah pulak, masa first attempt dulu, aku dah gagal sekali… so, mmg kecuakan itu Allah je yg tau… So, masa sebulan yg bersisa sblm exam tu, mmg aku takut nak buat benda lain… duk fikir, kalau aku buang masa, mungkin masa tu kalau aku guna utk study, aku dah boleh cover dah topik yg ni.. silap2 yg tu la soalan yg keluar masa exam nanti… tak ke menyesal tak sudah lps exam tu…

Anyway, first two weeks lepas habis sem tiga tu, aku masih confident lagi dgn diri aku… rasa mcm boleh buat… soalan exercise semua dah buat & faham… boleh rasanya… tapi, bila tinggal seminggu lagi nak exam, aku dapat panic attack.. semua benda buat tak jadi… cakap sikit je dgn abg, terus banjir… asal solat je menangis.. even masa study pun aku nangis.. tido pun dah tak lena.. terjaga dari tido, menangis… makan mmg tak lalu… mmg dahsyat sgt perasaan masa tu… last2 sehari sblm exam, aku terpaksa ambik ubat selsema sbb aku nak tido…

Di hari exam, duk berdoa banyak2 kat Allah supaya diberikan ketenangan… Alhamdulillah, bukak je soalan exam, hati rasa tenang. Walaupun ada soalan2 yang bila aku tgk, jadi blank… aku tarik nafas panjang2… dan aku terus je jawab soalan2 tu… Cuma, masa jawab soalan tu, adala dua soalan yang aku tak berapa nak konfiden sgt…

Selesai exam, tibalah fasa penantian result pulak… first week lps exam… aku masih confident yg aku lulus exam kali ni.. tapi, makin lama tunggu, makin tak konfiden pulak, aku ni lulus ke tak.. mulalah duk terbayang aku ada salah konsep jawab… dari tak konfiden 2 soalan je, jadi tak konfiden pulak dgn jawapan2 dari soalan yg lain… masa tu, nak bukak email punya la takut… takut tiba2 dpt email result tapi, tak lepas… Lps sebulan lebih menunggu, akhirnya email yg bagitau result tupun sampai la dalam email aku. Alhamdulillah!!! Aku lulus !!!.. masa tu Allah je yg tahu betapa gembiranya aku…. Aku terus menangis telefon abg… Supervisor pun terus email aku… ucap “congratulation!, now you are officially a phd candidate!”. Aku mmg betul2 bersyukur pada Allah… tak tergambar perasaan aku masa tu.. rasa kerdil sgt… Allah dengar permintaan aku!!! Sedangkan aku selalu alpa dan leka dari sentiasa mengingati Allah…

Tuesday, 3 April 2018

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SeMeSTeR KeTiGa (FaLL 2016)



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim…

Semester ketiga aku dia bumi USA ni… kejap je dah setahun. Alhamdulillah, semester ketiga ni, perjalanan study aku lebih tenang & lancer. Mungkin sebab aku dah tak jumpa coursemates masa semester kedua yg mendera hati dan perasaan aku. And subject yg aku ambik semester kali ni kurang stress nya and one of the subject lebih relevant kepada topik phd aku. Memandangkan sebelum ni aku tak berapa faham ontology tu apa, advisor aku suruh ambik course Biomedical Ontology yg department philosophy ajar.. bunyinya mcm tak kena langsung dgn bidang aku engineering ni kan… mmg tak kena pun, tapi, bila masuk kelas ni, aku dapatla knowledge dan lebih pemahaman, mcm mana nak apply ontology ni & memandangkan aku dah start pun draft ontology aku utk additive manufacturing process, aku just apply additive manufacturing process ni dlm bidang dentistry utk mem’biomedical’ kan project aku.

Tapi, walaupun semester kali ni lebih tenang dari segi perjalanan courses yg aku ambik, perasaan berdebar, cemas & takut tu tetap ada sebab hujung sem ketiga ni aku kena ambik balik qualifying exam part 1 yg aku tak lepas masa aku ambik tahun sebelum tu.. dan memandangkan ni attempt kedua aku, aku kena pastikan aku lulus utk 2nd attempt ni… kalau tak lulus jugak kali ni, maknanya, aku dah kena ucapkan selamat tinggal la pada perjuangan phd aku di bumi USA ni walaupun, aku dah lulus dah pun qualifying exam part 2 sblm tu…

Papepun, berbalik pada perjalanan sem ketiga aku… Alhamdulillah, walaupun aku masuk kelas ontology yg di offer dan di ajar oleh staff dari school philosophy & bukan ber background kan engineering pun, course yg aku ambik ni berjalan lancar. Project yg aku buat dalam kelas nipun, membuka ruang utk aku involve dlm research berkaitan dgn ontology application in manufacturing engineering, sekaligus, membantu aku utk topik phd aku.. Alhamdulillah, disebabkan aku score utk kedua2 subject yg aku ambik, hujung semester ketiga, status probation aku pun lifted.. so, aku dah tak under probation dah lepas tu… hubungan aku dgn advisor aku pun bertambah baik.. Alhamdulillah, Ya Allah… Aku tahu banyak hikmah yg Allah berikan pada aku dgn ujian yg sblm ni…

Friday, 30 March 2018

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SuMMeR 2016



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim...

Sistem dekat sini basically, ada 3 academic session, starting with Fall (start Sep-Dec), then, Spring (Jan - May) & finally, Summer (June – Aug). So, lps qualifying exam part 2, summer 2016 pun bermula. Tak banyak sangat cerita pun masa Summer sebab masa ni academic2 staff pun byk pegi bercuti, student pun tak ramai yg register for this sem. Sama je concept mcm kat Malaysia. Summer ni kira mcm short sem la kalau kat university kat Malaysia. Aku pun tak register any courses masa summer ni. Tapi, tak la bermakna aku bebas dari advisor aku pun… Still jugak kene jumpa advisor update progress. Cuma, disebabkan aku tak habis lagi total courses & tak bergelar PhD candidate pun lagi, advisor aku tak de la bagi projek pape kat aku. Ada je member lab aku ni cuti sepanjang summer ni, tapi, memang kena dpt approval dari advisor aku dulu la… ada yg buat internship.. so, lab pun agak sunyi… bukan setakat lab, kampus pun sunyi la jugak…


Berbalik pada cerita PhD aku, walaupun aku takde project pape lagi, tapi, masa summer ni la advisor aku suruh aku study pasal “ontology”, bende yang aku tak pernah dgr pun sblm ni… terkial2 jugak nak faham sebab rupanya ontology ni banyak digunakan oleh computer science & philosophy people. Tapi, advisor aku cakap, takpe, take your time. At the same time, dia suruh aku develop ontology utk lebih faham concept ontology tu… and dia cakap, ontology ni la topik phd aku. Aku bersyukur sangat sbb aku dah ada phd topic walaupun aku masa tu aku tak faham apapun ontology ni apa, mcm mana nak apply..

Papepun, masa summer ni bukanlah aku tak ke mana2 langsung.. kesian la kat anak2 & suami, kalau tak pegi mana2 pun… kalau buat kat Malaysia pun sama la jugak… org bawak jugak family bergi bercuti mana2 kan… takkan aku yg study kat US ni tak boleh pegi mana2 langsung (statement supaya org tak kata aku dtg US utk berjalan bukan study). Cuma, yelah, bila aku pegi mana2 tu bukan lah selalu.. pegipun bila ada cuti panjang mcm ni lah… So, masa Summer 2016 ni, sempat la aku & family ke Washington DC & Hershey Park. Itupun pegi sebelum puasa start.. kira mcm reward diri sendiri sebab lulus qualifying exam part 2. Anyway, cerita2 pasal bercuti & aktiviti riadah kami kat sini, nanti aku cerita kat post yg lain bila ada kesempatan, insyaAllah…

Saturday, 17 February 2018

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ QuaLiFYiNG eXaM PaRT 2



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim... 

Lama pulak ambik masa untuk sambung entry sblm ni.. huhuhu.. anyway, sambungan dari entry sblm ni, masa utk aku prepare sepenuhnya untuk qualifying exam part 2 ni singkat sgt.. tak sampai seminggu pun tak silap aku.. sebab duk kelam kabut dgn project submission for one of the course yg aku ambik masa sem dua tu… dah submit semua, baru boleh concentrate 100% kat qualifying exam tu. Untuk part 2 ni, mcm aku penah cerita dlm entry yg terdahulu la… kalau part 1 yg aku ambik masa habis sem 1 tu cover semua subject mechanical, part 2 ni pulak cover tang focus area pulak. Mcam kat department mechanical ni, ada 6 focus area tak silap aku: Bioengineering; Computational and Applied Mechanics; Design and Optimization; Dynamics, Control and Mechatronics; Fluid and Thermal Sciences; dan Materials. So, macam aku, focus area aku adalah Design and Optimization. Memandangkan course2 yg aku ambik masa 1st and 2nd sem mmg related to focus area ni, so, takdela rasa sampai sakit perut, sakit kepala & cuak sbb tak study langsung. Cuma, dah namanya qualifying exam.. memang susahla jugak… huhuhu… tak tidur a few nights jugakla sbb duk pulun study, buat exercise. Buat revision balik utk semua topik ..

Bila hari exam, Alhamdulillah, Allah terangkan hati ni, bagi ilham utk jawab semua soalan. Tapi, still tak confident, boleh lulus ke tak.. sbb exam ni bukannya jawapan straight to the point je… bila jawapan yang open ended ni, mcm 2 boleh jadi… assumption tak kena pun boleh affect markah.. tak jelas jawapan pun, boleh affect markah…. Sepanjang nak tunggu result tu keluar, asyikla duk berdebar2… sblm exam, berdebar2 nak exam.. tak cukup tido, makan tak lalu sebab fikir cukup ke preparation aku nak tempuh exam.. sampaikan masa tu, kadang2 duk relax sekejap je, tiba2 je terfikir, eh.. kalau aku rehat ni, mungkin kalau masa aku rehat ni aku study, part yg aku study tu yg masuk dlm exam… punyala rasa semua masa yg ada sebelum exam tu sgt berharga utk aku sia2kan… bila dah habis exam, tak lena tido, tak lalu makan, duk berdebar2 sbb takut nak tahu result pulak….

After 2 weeks, Alhamdulillah!!! Aku lulus!!! Tapi timbul cuak tang lain pulak… sbb mcm aku cerita sblm ni, dekat university ni, qualifying exam utk department mechanical ni, ada 2+1 part.. Part 1 & Part 2 ni, exam bertulis mcm aku cerita tu la… yang part ke 3 tu oral… tapi, utk ambik oral tu, kena make sure lulus part 2 dulu, baru boleh ambik oral.. dan oral tu kene lulus, baru la dikira part 2 tu lulus jugak… pening kan… hahaha… so, maknanya, kalaupun dah lulus part 2, bila oral tak lulus, consider part 2 tu pun tak lulus jugak.. so, kena ambik utk 2nd attempt, kenala ambik balik ujian bertulis part 2 tu & oral balik semula…. Kalau kali kedua ambik, tak lulus jugak tang oral tu, maknanya babai la… huhuhuhu… Anyway, dalam email yang aku diberitau aku lulus tu, aku diminta buat preparation untuk buat preparation untuk oral exam dalam masa seminggu. Yang susahnya oral ni, panel boleh tanya apa je yang berkaitan dgn mechanical ni. So, untuk prepare, mmg prepare dlm kesamaran la…

Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba… aku ingat lagi aku orang yg terakhir sekali untuk dipanggil masuk ke bilik oral tu… masuk2, advisor aku tak de pun… memang antara aku dgn panel je.. ada 3 orang panel semuanya… masuk2, lps kenalkan diri, terus kena soal bertubi2 dgn panel.. memang tak duduk langsung sbb nak kena explain guna whiteboard semua… kaki ni rasa lemah je berdiri sebab kecut perut kena tanya bertubi2… mmg dah rasa mcm dlm medan perang dah… bayangkan la masuk2, dalam keadaan berdiri kat depan, menangkis peluru2 selama sejam lebih… lepas je panel cakap thank you… rasa mcm lega gila walaupun tak tau lagi lulus ke tak… try jugak pancing2 nak tau keputusan dari panel.. tapi, diorang just cakap, tunggu je nanti diorang maklumkan through email, lulus ke tak….

Alhamdulillah, debaran tunggu result tu tak lama pun… a few hours later, dapat email bagitau yg aku lulus…. Sujud syukur terus aku kat rumah… terubat rasa hati dari kekecewaan semester kedua aku di sini…

Thursday, 30 November 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SeMeSTeR KeDua (SPRiNG 2016)



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim…

Sambungan dari catatan perjalanan aku sebagai PhD student. Lepas tragedy miscarriage & qualifying exam yang tak lepas tu, semester kedua pun bermula. Honestly, apa yang terjadi sebelum semester kedua bermula ni memberikan kesan pada motivasi dan semangat aku. Terasa diri ni kerdil sangat nak dibandingkan dengan student2 advisor aku yang lain. Tertanya2 dgn diri sendiri, mampu ke aku teruskan perjuangan ni. Tapi, aku cuba juga kuatkan semangat.

Semester yang kedua ni, course yang aku ambik kali ni lebih mencabar dari semester pertama hari tu. Memandangkan aku kena buat preparation untuk qualifying exam part 2 pulak, aku ambik course yang boleh bantu aku untuk exam tu. Macam yang aku penah post pasal exam dalam entry2 sblm ni, exam part 2 ni berkait dgn research focus area utk PhD aku. Memandangkan focus area utk PhD research aku adalah Design and Optimization, so, aku ambik course Heuristic Optimization (course ni lagi advance dari engineering optimization yang aku ambik masa sem 1 tu) dan CAD Application.

Maka semester kedua aku bergelumang dgn programming lagi & lagi dahsyat dari masa semester pertama aku… huhuhuhu… exams, assignments & project yang sangat susah especially untuk course Heuristic Optimization. Kena pulak buat programming untuk semua subjek. Tak tido berhari2.. Program pulak byk error sampai terpaksa jugak hantar program tu walaupun tak boleh run pun.. mmg terasa tak perform sangat2.. stress sampai menangis hampir setiap minggu. Tambah lagi dengan stress dealing with perangai2 manusia yang sangat tak membantu, buat pening lagi ada (ini memang sejarah pahit dalam hidup aku). Aku mmg struggle sangat2 utk semester kedua ni… Bila aku tak perform dlm exam Heuristic Optimization, lagila aku jammed. Mujur untuk project Optimization tu, Mail (member dekat UMP) banyak tolong. Berjaya jugakla siapkan project tu dalam keadaan group member tak bagi contribution sepenuhnya.

Bila result keluar, aku cuma dapat C+ untuk course Optimization yg susah tu. Memang aku sedih gila. Mujur utk course CAD Application tu result aku ok… so, total CGPA aku masih cukup2 3.0. tapi, still, disebabkan requirement untuk grad student, semua course mesti dapat B ke atas, aku diletakkan dalam probation status. Masa ni lagi rasa rendah diri. Bila mengadap advisor aku, masa ni la aku terasa gila2 dgn apa yang advisor aku cakap. Dia cakap, “Munira, I am willing to take you as my PhD student because I think you are matured enough to manage your time to study. I don’t expect you to get this kind of result. If other students approach me with this CGPA, I’m not going to be interested to supervise them. You were not even passed the qualifying exam part 1 and now you are on probation. This shows that you are not serious enough to study. Your efforts are still not enough. You have not trying hard enough.”

Masa ni aku duk tahan je dari air mata ni menitik. Lepas je jumpa tu, aku menangis sungguh2 dekat dalam bilik air. Masa on the way balik rumah pun, kat dlm bas tu, tahan je lagi dari menangis.. aku ingat lagi, turun je bas, kebetulan masa tu hujan, aku menangis sambil jalan dalam hujan.. sedih sungguh rasa… Masa tu rasa masa depan aku gelap je dekat US ni. Terasa diri ni bodoh sangat. Mulala terbayang muka mak & ayah yang menaruh harapan. Terbayang rupa dekan & kawan2 UMP.



Mujur masa qualifying exam part 2 tu, aku lulus. Nanti aku cerita pasal exam tu in next entry.

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers