Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim...
Sistem dekat sini
basically, ada 3 academic session, starting with Fall (start Sep-Dec), then,
Spring (Jan - May) & finally, Summer (June – Aug). So, lps qualifying exam
part 2, summer 2016 pun bermula. Tak banyak sangat cerita pun masa Summer sebab
masa ni academic2 staff pun byk pegi bercuti, student pun tak ramai yg register
for this sem. Sama je concept mcm kat Malaysia. Summer ni kira mcm short sem la
kalau kat university kat Malaysia. Aku pun tak register any courses masa summer
ni. Tapi, tak la bermakna aku bebas dari advisor aku pun… Still jugak kene
jumpa advisor update progress. Cuma, disebabkan aku tak habis lagi total
courses & tak bergelar PhD candidate pun lagi, advisor aku tak de la bagi
projek pape kat aku. Ada je member lab aku ni cuti sepanjang summer ni, tapi,
memang kena dpt approval dari advisor aku dulu la… ada yg buat internship.. so,
lab pun agak sunyi… bukan setakat lab, kampus pun sunyi la jugak…
Berbalik pada cerita PhD aku, walaupun aku takde project pape lagi, tapi, masa summer ni la advisor aku suruh aku study pasal “ontology”, bende yang aku tak pernah dgr pun sblm ni… terkial2 jugak nak faham sebab rupanya ontology ni banyak digunakan oleh computer science & philosophy people. Tapi, advisor aku cakap, takpe, take your time. At the same time, dia suruh aku develop ontology utk lebih faham concept ontology tu… and dia cakap, ontology ni la topik phd aku. Aku bersyukur sangat sbb aku dah ada phd topic walaupun aku masa tu aku tak faham apapun ontology ni apa, mcm mana nak apply..
Papepun, masa summer ni bukanlah aku tak ke mana2 langsung.. kesian la kat anak2 & suami, kalau tak pegi mana2 pun… kalau buat kat Malaysia pun sama la jugak… org bawak jugak family bergi bercuti mana2 kan… takkan aku yg study kat US ni tak boleh pegi mana2 langsung (statement supaya org tak kata aku dtg US utk berjalan bukan study). Cuma, yelah, bila aku pegi mana2 tu bukan lah selalu.. pegipun bila ada cuti panjang mcm ni lah… So, masa Summer 2016 ni, sempat la aku & family ke Washington DC & Hershey Park. Itupun pegi sebelum puasa start.. kira mcm reward diri sendiri sebab lulus qualifying exam part 2. Anyway, cerita2 pasal bercuti & aktiviti riadah kami kat sini, nanti aku cerita kat post yg lain bila ada kesempatan, insyaAllah…
No comments:
Post a Comment