Wednesday, 30 August 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SeMeSTeR PeRTaMa (FaLL 2015)

Bismillaahirrahmanirahiiiiim…

31 August 2015, semester pertama aku pun bermula. macam2 perasaan ada.. berdebar, excited, cuak.. semua ada.. mana taknya, aku bukan kenal sape2 pun.. nak kena cakap bahasa inggeris lagi.. dah boleh bayang, nanti mesti susah nak jumpa perempuan dlm kelas aku tu nanti, sebab masa orientation peringkat department, aku sorang je perempuan dekat dlm hall tu. Dan ternyata memang betul pun sangkaan aku… masa aku pegi kelas yg supervisor aku ajar, mmg aku sorang je pompuan dalam kelas.. dahlah sorang je pompuan, pakai tudung pulak tu… bila berada di bumi uncle sam ni, perempuan bertudung dan seorang je, mmg obvious sgt la kan… subject ni pulak subject yg aku tak pernah belajar… optimization in engineering design. Pernahla belajar basic algebra masa undergrad dulu, tapi, tak penah la belajar pasal optimization… Subject lagi satu pulak subject Manufacturing Automation.. tapi, memandangkan ni subject elective untuk undergrad, so, kelas ni campur dengan student undergrad.. kebetulan, ada sorang adik undergrad pompuan ni pun register kelas ni… so, takde la rasa pelik sgt…

Anyway, bila masuk kelas2 ni… terasa diri ni kerdil sangat.. selama ni masa kat Malaysia, ingatkan ok dah speaking English… bila dtg US ni, terasa tak pandainya speaking… masuk kelas, rasa bahasa tu asing sgt.. struggle nak fahamkan apa yg lecturer ajar… kalau kelas automation tu, padahal, aku dah penah ajar subject tu kat student2 aku dulu.. bukan setakat tu, subject tu dan belajar banyak kali masa undergrad & master pun.. tapi, bila lecturer tanya dlm kelas, the way of thinking tu berbeza… teringat pulak kat dekan fakulti kat UMP, sebab dia penah cakap, “nanti bila awak dah pegi sana, awak akan rasa semuanya berbeza… level knowledge diorang berbeza sbb diorang mmg focus on R&D sedangkan kita kat Malaysia ni, lebih kepada end user untuk apa yg diorang dah develop. Bila kita mengajar, kita ajar based on apa yg kit abaca dari buku teks, tapi, diorang ni ajar based on apa yg diorang develop sendiri… tula yang saya nak awak bawk balik bila dah habis phd nanti…”. So, memang betul la apa yg Prof Wan cakap tu…

Tapi, tulah… semester pertama di sini taklah seceria warna2 pelangi tu… penuh dgn air mata je… terasa mcm tak pandai sgt… belajar benda baru, lambat je nak catch up.. tak sama mcm masa undergrad & master dulu… kalau masa master tu, nak score A tu takde masalah pun walaupun masa tu aku sibuk dengan kerja yg banyak gila & pregnant pulak, lepas tu, dpt rayyan pulak.. memangla penah menangis kat depan meja kat tempat keja sebab masa tu keja terlampau banyak, tapi, bukanla rasa mcm sekarang ni… 1st struggle bila nak kena buat group untuk group project bagi setiap course… disebabkan mechanical ni bidang orang lelaki, orang perempuan yg ambik bidang ni, mcm dipandang rendah oleh lelaki2 ni… takde sape nak volunteer nak satu group dgn aku… huhuhuhu.. padahal kat Malaysia, takde masalah pun bila nak buat group ni… bila exam pulak, untuk subject optimization yang dgn supervisor aku ni, susahnya nak score A disebabkan grading scale dia yg berbeza dari Malaysia.. nak dapat A, 93 ke atas baru A. 90-93 tu A-, 85-90 tu B+, 80-94 tu B dan untuk lulus kena make sure dpt B ke atas utk semua subject… so, untuk aku yg biasanya takde masalah utk score, dpt B adalah satu tamparan yg hebat untuk aku… bila jumpa supervisor, supervisor pulak bagi ayat “B and B+ are just average, all my students before got A in my subject”, tu mcm panahan berapi utk hati aku… duk menangis je… assignment pulak mostly kena buat matlab programming pulak… menangis lagi… huwaaa.. menyesal tak belajar matlab programming masa sebelum dtg sini… dahla aku takde geng, buat programming, sorang2 la pecah kepala buat coding & debugging semua tu… kawan2 kelas semua ada geng… memang rasa tersisih sgt2…

Mujur abg & anak2 ada jadi peneman yang setia… urusan rumah semua abg yg buat… kecuali bila ada ajak stdt2 malaysia kat sini dtg makan kat rumah.. so, bila bab masak2 makanan banyak2 tu, aku la yg tukang masaknya… sbb dari kat malaysia lagi, bila buat open house atau majlis pape kat rumah, mmg aku yg masak (tapi, ni masa 1st sem la… lepas dah turunkan ilmu kat abg, sekarang ni, dan bolehla bergabung tenaga dgn abg untuk masak byk2 hehehe..)

Papepun, gitula catatan perjalanan phd di semester pertama ni.. sebab ni flashback je, tak mampu la aku nak cerita detail pasal berapa kali aku menangis, pasal group member aku semester tu… nanti aku sambung lagi flashback lepas habis semester pertama aku kat sini…

Saturday, 26 August 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ oRieNTaTioN

Bismillaahirrahmanirahiiiiim…


Dah habis dah cerita pasal persediaan dan journey sebelum sampai US ni, barula boleh share perjalanan hidup bila dah bergelar student di US ni. Tambah pulak, sekarang ni semester fall 2017 baru nak start. Sesuaila dengan mood nak flashback2 ni….

Mcm entry sebelum ni, kami sampai 2 minggu sebelum semester bermula… seminggu yg pertama tu, aku dgn anak2 duduk rumah adik2 undergrad perempuan, abg pulak duduk rumah adik2 undergrad lelaki. Jetlag la jugak, tapi, tak lama sebab si rayyan dgn idris ni takde la jetlag sangat… aktif je, so, ummi dia pun kena la layan kerenah anak2.. tambah pulak duduk menumpang rumah orang… so, nak jetlag pun tak jadi nak jetlag sgt… Alhamdulillah, tak sampai seminggu pun sebenarnya menumpang rumah orang, duk cari2 rumah, dptla rumah utk disewa.. selesa, 2 bilik, tingkat atas.. ruang tamu pun besar… tapi sewa USD 1000 la juga sebulan… kebetulan ada adik2 undergrad Malaysia yg baru sampai pun menyewa kat rumah bawah. Anyway, rumah yg kami sewa ni mcm townhouse.. atas rumah lain, bawah rumah lain, lepas tu, ada basement.. so, kami penyewa2 ni share washing machine dgn dryer dekat basement tu… Since rumah ni sewa dah termasuk gas (yg ni utk heater & dryer.. masa winter, heater ni sangat memainkan peranan.. kalau tak, ketor la kami kat dlm rumah), so, kami cuma perlu uruskan electricity je la… yg ni, kami kena call national grid untuk register account electricity utk rumah & lepas tu, dia akan suruh email document2 penting yg ada gambar… ingat2 lupa dah document tu, tapi, utk menunjukkan identity kita… tak silap aku, aku hantar passport dengan student id.

Anyway, seminggu sebelum start semester tu, kena la attend orientation dekat campus… So, orientation ni ada dua peringkat. Satu peringkat university, satu lagi peringkat department. Untuk peringkat university ni, aku pergi yg wajib pergi je sebab nak university release hold kat status student aku… (kalau kena hold status ni, aku tak boleh register subject pape… tu yg kena release status hold tu).

Untuk peringkat department tu, baru la dengar briefing yang berkaitan dgn program phd aku ni… terkejut ada, cuak pun ada bila dengar briefing. Sebab system mmg tak sama dengan Malaysia.. kat sini, aku kena ambik 48 credit hours of courses and 24 credit hours of dissertation dan kena make sure dapat grade B ke atas untuk setiap course… 48 credit hours courses tu, maknanya ambik courses, kena pegi kelas, buat assignment, project & final exam tu… mcm masa undergrad & masa aku ambik master by course dekat UPM dulu tu… satu course bersamaan dengan 3 credit hours & minimum credit hours aku kena ambik every sem adalah 12 credit hours. So, kenala pandai2 susun jadual untuk fulfill requirement yg ni. At the same time, aku kena buat preparation untuk lulus qualifying exam jugak… yg ni yg paling aku takut sbb qualifying exam ni yg menentukan kita boleh jadi phd candidate ke tak… sebab selagi tak lepas qualifying exam ni, kitorang phd student ni cuma bergelar graduate student je… yg tambah cuak, untuk qualifying exam ni, dia bagi 2 kali attempt je.. kalau tak lulus lepas attempt kedua, kena buang la… sia2 je… huhuhu… dahla qualifying exam ni ada 3 part & kena lulus semua… kalau salah satu je lulus, salah satu lagi tak lulus, pun kena buang jugak… So, component qualifying exam ni mcm ni,
Part I – Core exam (yang ni cover semua subject core mechanical: static & dynamic, mechanics of material, fluid mechanics, thermodynamics and materials science)
Part 2 – Focus area (yg ni berkait dgn focus group dekat dlm mechanical engineering ni… mcm aku, focus area aku kat design and optimization)
Part 3 – Oral examination (yang ni pulak, tak specific, suka hati examiner la nak tanya apa dlm masa sejam.. tapi, untuk ambik exam ni, kena lulus part 2 dulu)
Kalau tanya aku, antara 3 part ni, mana yg susah.. aku akan jawab semua susah… huhuhu… kalau part 1 tu, semua subject tu adala individual subject yg aku ambik masa 1st year and 2nd year undergrad dulu… dan masa ambik dulu, bukan la ambik sekaligus dlm masa satu sem, semuanya ambik berperingkat2 & exam nya pun by subject la… tapi, untuk qualifying ni, aku kena pulun study semua course tu sebab soalan yg keluar boleh jadi dari mana2 topik dlm subject tu & perlu dijawab dalam masa 3 jam. Nak spot soalan pun tak boleh… ni seumpama korang ambik spm, subject fizik, kimia, biology & add math sekaligus dalam satu paper… sedangkan korang belajar subject2 tu dari form 4 sampai form 5. Dahla, lama gila aku tinggal courses2 ni, sebab masa aku first year and second tu, tahun 1998-1999 which is 16 tahun yg dulu… huhuhu, nangis dan nangis lagi… kalau part 2 pulak, focus area tu quite new jugak untuk aku… so, kena ambik kelas, hadamkan betul2 untuk belajar semua tu… Oral examination pulak,…. Pengsan…… sebab soalan yg keluar boleh jadi apa je & bertubi2 keluar dari examiner… perasaan dia mcm pesalah nak kene hukuman tembak, so, kene berdiri kat depan tu dengan rasa helpless…

Lepas orientation tu, baru aku pegi jumpa supervisor aku, finally bersua muka sebab selama ni duk contact through email je… rasanya umur dia baya2 aku je kot.. mungkin tua setahun ataupun sebaya… tapi, yelah… dia hensem ke muda ke, baya aku ke, still rasa gerun sbb dia supervisor aku… huhuhuhu..  anyway, lepas jumpa dia, dia pun suggest untuk aku transfer kredit master aku… Alhamdulillah, dalapatla transfer 27 credit, so, tinggal la 21 credit of courses je untuk aku ambik… tapi, lega tang tu, sekejap je… jadi cuak balik sebab advisor aku cakap, aku wajib ambik qualifying exam part 1 tu, end of first semester ni jugak… aku duk fikir, cukup ke masa aku nak prepare ni… 6 subject tu nak kena pulun study balik… dengan nak hadam courses yg aku ambik lagi sebab quite new bagi aku, dengan nak blend dgn environment study lagi, language lagi… sebab slang American kan…  terus rasa nak nangis.. homesick pun tak hilang lagi, rindu kat mak, ayah, adik2, anak2 sedara, kucing, kawan2….

So, gitula ceritanya sebelum kelas bermula.. nanti aku sambung lagi catatan perjalanan PhD ni..

Tuesday, 11 July 2017

RaMaDHaN & SYaWaL KeDuA Di PeRaNTauaN

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri semua yg rajin singgah blog aku ni...

Since dah habis flashback, cerita pasal preparation sebelum kami sampai USA dlm entry sblm2 ni, bolehla menyelit sikit pasal cerita terkini kejap..

So, tahun ni tahun kedua kami berpuasa dan beraya di bumi uncle Sam ni... seronok ke? hmm.. tak seronok... rindu family, rindu kampung, rindu sanak sedara, rindu kawan2, rindu malaysia... uwaaa... tapi, yelah, life must go on... moga kerinduan ni dapat dijadikan motivasi untuk aku habiskan phd ni supaya dapat aku beraya kat malaysia dah lepas tu... huhuhuhu

Ramadhan tahun ni macam tahun lepas jugak... kami kene berpuasa dekat 17 jam.. sebelum pkl 4 pagi dah subuh, dekat2 pkl 9 tu baru maghrib... tapi, sebab dah merasa pengalaman ni mcm tahun lepas, takdela rasa terkejut sangat.. rayyan pun dah biasa dah.. yelah.. dia pun dah umur 9 tahun... cikgu kelas dia pun sangat memahami bila kami bagitau dia yg rayyan puasa... sampaikan rayyan nak beli cookie untuk bawak balik pun dia tak bagi sebab dia cakap rayyan puasa... hehehehe...

cuma, tahun ni, supervisor aku wajibkan semua student dia duduk lab dari pukul 9 pagi sampai 5 petang setiap hari... so, bila week days je... hubby kesayangan la duk prepare juadah berbuka puasa... weekend je baru aku masak & barula ada kuih2 sikit untuk berbuka... kuih raya pun minggu last baru buat... buat bila balik dari lab.. buat sejenis sehari... takla beria sangat buat sebab tahun ni, takde sape sgt dekat buffalo ni... buat utk dihidangkan awal2 syawal, which aku tau, rayyan dgn idris la yg tukang makan nya.. sebab diorang suka makan kuih raya.. (sebab tula, tiap2 tahun aku buat kuih raya since dekat malaysia lagi) dapatla buat kuih raya 3 jenis... tart nenas, biskut cornflake, biskut suji pelangi..
biskut suji (favourite abi) & tart nenas

biskut cornflakes (kuih raya tradisi family... resepi mak ni)
 
since kami pun dah beli kereta dlm pertengahan bulan puasa tu, dapatla beberapa kali pegi terawikh di masjid dekat sini... kereta 2nd hand je... punyala lama kumpul duit, dah dua tahun duduk sini baru la dpt beli kereta.. alhamdulillah.. moga kereta ni dapat lebih memudahkan urusan kami dekat sini...


So, hujung2 puasa, ainul & azrin (kawan yg buat phd jugak dekat sini) ajak pegi beraya dekat washington dc sebab diorang dapat jemputan dari one of embassy officer utk beraya dekat sana. So, sehari sebelum raya tu, pagi2 lepas subuh (pukul 5 pagi) bertolak la kami ke sana. sampai2 rumah officer tu dlm pkl 2 ptg mcm tu... tolong2la apa yg patut sebab malam tu ada jamuan berbuka puasa dan takbir raya dekat pejabat embassy malaysia. Jadinya malam tu, lepas je berbuka puasa tu, merasa la takbir raya beramai2 di pejabat embassy tu.

Pagi2 esoknya, solat raya di tempat yg sama jugak & lepas tu, menikmatila hidangan2 sempena jamuan raya tu... byk la hidangannya... kambing bakar (tapi, kami tak dapat rasa sebab panjang sgt barisannya), nasi himpit dgn kuah kacang & serunding, mee soto, kuih2 raya, agar2, air, aiskrim & mcm2 lagi... dah habis jamuan raya tu, sebab dah tak tau nak pegi mana, kami pegila beraya dekat Great Falls pulak... cuci2 mata tgk pemandangan kat situ... (miss suasana raya sgt.. rindu dekat kampung halaman, rindu dekat family... nangis kot tgk video diorang hantar bagi ucapan kat kami yg beraya dekat perantauan ni... uwaaaa). dah ptg tu, kami pegi beli seafood dekat captain white.. utk org yg suka seafood, berbaloi pegi sini... cara dia kita beli dulu seafood yg kita nak tu... lepas dah beli tu, dia akan bagi resit utk kita beratur pulak dekat tmpt masak.. so, nanti dia akan masakkan & kita boleh la bawak pegi berkelah kat mana2 makan seafood.

raya kedua pulak, dalam pukul 9.30 pagi, bertolak la balik ke buffalo semula.... so, gitu je la cite raya kami ni.... disebabkan tahun ni beraya bukan dekat rumah sendiri, takdela nak masak juadah raya... dah balik buffalo tu, sebab teringin nak makan nasi himpit & ketupat/lemang.. barula buat sikit....

papepun, jom layan gambar sikit...

ni gambar malam raya, lepas takbir raya

ni gambar pagi raya dekat depan pejabat kedutaan

dengan 'family' dari buffalo...

idris dengan anak en mazwan... pegawai yang tumpangkan kami bermalam dekat rumah dia..

sayang sgt idris dgn baby mikael ni.. sibuk nak baby... ummi pun nak jugak... heheheh... cium la baby org lain dulu ye... huhuhu

rayyan dan idris dekat embassy.. idris tu muka lapar, tgh tunggu abi dia ambik makanan

ni nak melaram dgn spek hitam pulak..

Greal Falls Park dekat DC... cantik

one of the family picture dekat great falls tu

ni captain white, tempat seafood tu..

ni konon2 nak selfie dgn abi & budak2 dekat blkg tu.. tiba2 mamat ni photobombed gambar aku... tak kenal pun sape... hahahaha

 ni menu lepas seminggu raya... buat jugak la nasi himpit, kuah kacang, lemang konon2 dgn rendang ayam sikit sebab teringin... tak puas makan masa kat washington hari tu....

Saturday, 8 July 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY... USA, HeRe I CoMe ~ PaRt 2

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidilfitri (saja wish sebab masa tulis ni, dah 12 syawal dah pun.. insyaAllah nanti, aku buat entry pasal beraya kali kedua di perantauan ni)

ni nak sambung dari entry yg sebelum ni. insyaAllah, ni entry terakhir sebelum aku cerita pasal perjuangan phd aku di bumi USA ni pulak...Alhamdulillah, dua minggu sebelum fly ke USA ni, semua urusan visa, flight ticket pun selesai.. (tapi, mmg kelam kabut sebab sangat2la last minute). semoga dgn perkongsian aku dekat blog ni, orang2 lain yg bakal ke US tak la menghadapi isu yg sama mcm aku...

so, lepas dapat je visa tu, aku terus sent detail ke bahagian yang menguruskan tempahan tiket kapal terbang dekat UMP tu. Asalnya aku mohon tiket etihad.. tapi, disebabkan aku apply pun dah last minute, tiket tu pun dah habis... so, dapatla tiket Singapore Airlines (SIA), bertolak pada 16/8/2015. maka bermulala aktiviti2 packing, kemas barang secara intensif nya... tapi, disebabkan masa tu masih lagi dalam bulan syawal, dapatla pegi beraya ke a few rumah.. & dapatla jugak jumpa beberapa kawan2 (Sal, T, Ain, Yati, Ina, Eyna) dekat kl sebelum aku berangkat tu.. maaf sgt2 utk kawan2 yg lain sebab tak sempat jumpa... bukan tak sempat jumpa je.. tak sempat nak bagitau pun ada sebab duk kalut sgt.. ayah mertua pun sempat jumpa kat hotel je sebab ayah mertua dgn isterinya dah pindah duduk melaka.. kebetulan diorang ke kl, sempatla jumpa kejap... sempat jugak memenuhi jemputan jiran (fazli & wan) malam sebelum aku bertolak ke kl... (aduh.. kenapa rasa sayu bila tulis bab ni... huhuhu)

malam sebelum bertolak tu, kira mcm fasa2 terakhir packing... alhamdulillah, takdela aku kalut nak kosongkan rumah sbb tak disewakan pun rumah tu... senang mak, ayah, adik2 or sedara mara nak tido kalau diorang pegi kuantan... esoknya bertolak pagi2 ke nilai, ambik homestay kat sana. so, berkumpul la semua mak, ayah & adik beradik & family diorang kat situ. the next day, 16/8 tu, lepas solat zuhur baru masing2 bertolak ke klia utk hantar aku & family. kawan aku, T dgn family dia pun dtg jugak KLIA utk hantar aku.. Sal je aku tak sempat jumpa sbb bila dia sampai, aku dah check in dah pun...perasaan masa tu.. Allah je yg tahu... sedih, sayu semua ada...

paling sayu bila masa turun escalator tu, duk lambai semua orang... rayyan boleh pulak menangis teresak2 sebab nak tinggal semua... aku pun nangis sekali... family aku yg duk lambai tupun nangis sekali bila tgk rayyan nangis.. ( adoi, berkaca2 mata aku time tulis ni ). aku tanya dia kenapa menangis, rayyan cakap dia sedih sebab tinggalkan semua orang...tapi, masa tu je la... lepas tu, tak sempat nak homesick sebab si kecik idris tu pulak yg buat perangai dalam kapal terbang sampai aku trauma nak naik flight lagi selagi dia belum besar.. huhuhu

untuk flight ke US ni, mula2 naik flight dari KLIA ke Changi Airport, Singapore. dekat situ, kene tukar flight, bertolak ke Germany pulak... tempoh perjalanan tu aku tak ingat sebab dah lama dah kan... tapi, memang lama la... tambah2 lama bila idris mengamuk2 dalam kapal terbang tu... mengamuk masa flight nak naik, mengamuk masa nak tido, mengamuk sebab tak nak duduk diam dalam kapal terbang tu, mengamuk sebab tak boleh round kapal terbang, mengamuk masa nak landing... huhuhuhu.... (fyi, umur idris masa ni 1 tahun 8 bulan.. tgh nak melasak) sampai ke germany, kene turun dari kapal terbang jap... lepas tu, bila masuk balik, bertolak dari germany ke JFK airport, New York pulak... yg ni lagi lama.. & yg ni lagi lama fasa idris tu mengamuk... sebab tu jadi trauma naik flight...

sampai2 JFK, lega rasanya nightmare dgn idris berakhir... walaupun, lama sikit kena tahan dekat kaunter custom & immigration tu, alhamdulillah, tak de la masalah apa pun... kebetulan masa duk tunggu urusan dekat immigration tu selesai, ada sorang perempuan ni datang approach aku, offer utk ambikkan luggage kami semua... dapat je luggage, & urusan dgn immigration tu selesai, dia offer lagi sekali untuk bawak kitorang lalu security check tu... so, Alhamdulillah, masa tu, kami lalu je tanpa kene check beg semua tu... (menyesal tak bawak makanan byk2.. hehehe)

dah selesai semua tu, dah say bye2 dgn thanks dekat perempuan tu, kami pegi pulak check in dekat kaunter Delta airways... sebab dari JFK ke Buffalo, kami naik Delta ni pulak.. lepas selesa check in semua tu.. dukla menunggu dekat terminal dia... tapi, tula... JFK ni besar... jauhnya menapak dari kaunter Delta tu untuk sampai ke terminal tu... siap bila dah sampai kat terminal tu, dah tak mampu dah nak kejar idris ke sana ke mari.. dekat 5 jam jugak kami tunggu tu... badan berlengas mcm apa sebab lebih dari 24 jam kan tak mandi... penat lagi... tu yg bila naik flight tu, dari JFK ke Buffalo, kami pakat tido je dlm flight.. (perjalanan dalam 1 jam setengah jugak rasanya)

sampai2 buffalo, ada dua orang adik undergrad sini dtg pick up kami... berpisahla kejap kami sekeluarga sebab tak de rumah sewa lagi... suami aku duduk rumah dekat winspear (rumah sewa adik2 bujang lelaki) , aku & anak2 duduk rumah dekat callodine (rumah sewa adik2 bujang perempuan).. seminggu lebih jugak duduk rumah diorang sebelum kami dapat rumah sewa.. (yg ni nanti cite kat entry lain eh)...

papepun, Alhamdulillah, kami selamat sampai dan bermula hidup kami sebagai perantau di bumi USA ni...

layan la ye gambar2 yg ada.. sorry, kidnap gambar kat fb orang je... hp lama dah rosak, so, gambar semua dah hilang....
T dengan anak2... aku rindu ko.... huhuhu

Atuk dengan cucu2

Nenek dengan cucu2

rindu semua...

Saat2 nak berpisah... duk tahan air mata je ni

:'(


masa ni rayyan dah start nangis dah ni....


Saturday, 17 June 2017

PhD PrEpArAtIoN JoUrNeY... USA, HeRe I CoMe ~ PaRt 1

Ok, ubah tajuk sikit sebab dah nak masuk cerita preparation untuk ke US dah.. hehehe... So, lepas dah dapat reply dari prof dekat university yg dekat Buffalo ni, aku pun memulakan proses permohonan ke universiti ni secara official nya... alhamdulillah, untuk universiti ni, dia tak perlukan aku post original transkrip dari malaysia... masa register nanti je baru bagi dokumen tu... cuma bagi softcopy je dulu, attach dlm application form online tu.. so, lepas2 tu tunggu keputusan dari universiti tu pulak la, nak accept aku ke tak... sebab walaupun prof yg reply tu bagi response positif, still tak menjamin sama ada permohonan tu berjaya ke tak... beza kan dari malaysia.. kat sini, proses nak terima student masuk ke universiti untuk buat master or phd tu strict. tak semestinya, kita apply akan dapat.. percentage of rejection of application tu pun tinggi...

tapi, alhamdulillah.. lepas sebulan kot, dapat email bagitau permohonan aku berjaya.. so, barula aku proceed untuk sambung permohonan untuk cuti sambung belajar dan biasiwa KPT kepada UMP selaku majikan aku... oh, lupa aku nak bagitau prosedur untuk sambung belajar ni... macam dekat UMP ni, once dah dapat offer letter, kenala isi borang2 yang berkenaan & dapatkan sign dekan semua bagai... sekali dengan borang ni, kenala attach dokumen2 yang ada dalam checklist.. ni list of document yang aku ingat2 lupa.. kena ada offer letter dar university, sijil research methodology tu, sijil BTN, result IELTS. lepas dah submit ke HR tu, kenala pulak tunggu ahli2 senat universiti mesyuarat untuk diorang evaluate permohonan tu sama ada diluluskan atau pun tak.. part ni memerlukan kesabaran untuk menunggu sebab mesyuarat ni bukan buat tiap2 minggu, nak buat sebulan sekali pun belum tentu... tapi, bila dah dapat kelulusan dari pihak majikan, barula lepas tu majikan akan hantar ke KPT untuk proses biasiswa SLAB/SLAI tu... yang nipun kena menunggu sebab kalau mesyuarat peringkat UMP pun buat jarang2, mesyuarat peringkat KPT lagila lama... huhuhu

Tak ingat berapa lama aku menunggu.. tapi, lama la jugak... at the same time, aku kena menunggu universiti yang dekat buffalo ni proses dokumen untuk aku apply visa nak duduk US. Anyway, nak masuk US ni, kena ada visa... kalau nak melawat, kena ada visa pelancong, nak study, kena ada visa student, nak keje, kena ada visa kerja... so, as student, ada dua jenis visa yang glamer kat US ni, visa F-1 or J-1 (ni untuk student, kalau untuk suami, anak2, visa diorang F-2 or J-2). So, dekat buffalo ni, visa aku visa F-1. nak apply visa ni, kena pegi pejabat untuk kedutaan US dekat KL tu. tapi, tula... nak apply visa ni, universiti yg dekat US ni kena prepare satu document. kalau untuk visa F-1 ni, dama dokumen tu I-20. tapi, untuk proses ni, application aku sangkut sebab untuk diorang process application aku ni, diorang nak kan financial statement yang menunjukkan kita mampu fulfil minimum expenses untuk duduk di US. memandangkan financial statement dari KPT tak menyatakan amaun yuran yang jelas, universiti kat sini tak nak proses... susah la pulak aku duk email2 pihak KPT mintak diorang issue financial statement dengan actual figure.. tapi, tak dapat.. huhuhu.. last2 aku email pihak universiti dekat buffalo ni bagitau, aku tak tau nak buat apa dah.. selama ni universiti2 lain dekat US accept je financial statement yg KPT bagi... barula, pihak unversiti kat buffalo ni agree untuk process application aku tu... tapi, mmg lama la aku tunggu dia nak proses tu... memang kelam kabut la preparation untuk ke US ni...

Tak silap aku, aku dapat I-20 tu, dalam bulan puasa... which is, tak sampai dua bulan dari tarikh aku nak berlepas ke US... so, bila dapat I-20 tu, baru aku boleh apply untuk buat visa, which, application form tu kena isi online. boleh rujuk kat website ni:
http://www.ustraveldocs.com/my/index.html?firstTime=No
lepas isi form tu, kena pulak schedule untuk interview dekat US embassy. yang tu kena bergantung pada availability of the date. so, masa ni dah kelam kabut semua bagai dah... sebab appointment untuk interview tu dalam 3 minggu sebelum fly. mujur keputusan interview dapat on the spot, lepas tu, passport yang dah ada visa tu dapat keesokan harinya... lupa nak bagitau, untuk apply visa ni, kena bayar jugak, USD 160 sorang. so, macam aku dgn husband & anak 2 orang, kenala kali dengan 4.

lepas dah dapat visa tu, dengan masa yg berbaki dua minggu tu, barula buat urusan dengan UMP untuk booking tiket flight semua... memang last minute sungguh.. dengan nak kemas rumah, sebab nak tinggal.. nak kosongkan bilik dekat UMP lagi... musim raya tapi, tak merasa nak beraya sangat.. sedara mara pun tak sempat jumpa sangat. kawan2 lagila... sempat jumpa a few je...

so, gitula citenya sedikit sebanyak sblm aku fly tu...  nanti aku sambung lagi next entry...

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers