31 August 2015, semester pertama aku pun bermula. macam2
perasaan ada.. berdebar, excited, cuak.. semua ada.. mana taknya, aku bukan
kenal sape2 pun.. nak kena cakap bahasa inggeris lagi.. dah boleh bayang, nanti
mesti susah nak jumpa perempuan dlm kelas aku tu nanti, sebab masa orientation
peringkat department, aku sorang je perempuan dekat dlm hall tu. Dan ternyata
memang betul pun sangkaan aku… masa aku pegi kelas yg supervisor aku ajar, mmg
aku sorang je pompuan dalam kelas.. dahlah sorang je pompuan, pakai tudung
pulak tu… bila berada di bumi uncle sam ni, perempuan bertudung dan seorang je,
mmg obvious sgt la kan… subject ni pulak subject yg aku tak pernah belajar… optimization
in engineering design. Pernahla belajar basic algebra masa undergrad dulu,
tapi, tak penah la belajar pasal optimization… Subject lagi satu pulak subject
Manufacturing Automation.. tapi, memandangkan ni subject elective untuk
undergrad, so, kelas ni campur dengan student undergrad.. kebetulan, ada sorang
adik undergrad pompuan ni pun register kelas ni… so, takde la rasa pelik sgt…
Anyway, bila masuk kelas2 ni… terasa diri ni kerdil sangat..
selama ni masa kat Malaysia, ingatkan ok dah speaking English… bila dtg US ni,
terasa tak pandainya speaking… masuk kelas, rasa bahasa tu asing sgt.. struggle
nak fahamkan apa yg lecturer ajar… kalau kelas automation tu, padahal, aku dah
penah ajar subject tu kat student2 aku dulu.. bukan setakat tu, subject tu dan
belajar banyak kali masa undergrad & master pun.. tapi, bila lecturer tanya
dlm kelas, the way of thinking tu berbeza… teringat pulak kat dekan fakulti kat
UMP, sebab dia penah cakap, “nanti bila awak dah pegi sana, awak akan rasa
semuanya berbeza… level knowledge diorang berbeza sbb diorang mmg focus on
R&D sedangkan kita kat Malaysia ni, lebih kepada end user untuk apa yg
diorang dah develop. Bila kita mengajar, kita ajar based on apa yg kit abaca dari
buku teks, tapi, diorang ni ajar based on apa yg diorang develop sendiri… tula
yang saya nak awak bawk balik bila dah habis phd nanti…”. So, memang betul la
apa yg Prof Wan cakap tu…
Tapi, tulah… semester pertama di sini taklah seceria warna2
pelangi tu… penuh dgn air mata je… terasa mcm tak pandai sgt… belajar benda
baru, lambat je nak catch up.. tak sama mcm masa undergrad & master dulu…
kalau masa master tu, nak score A tu takde masalah pun walaupun masa tu aku
sibuk dengan kerja yg banyak gila & pregnant pulak, lepas tu, dpt rayyan
pulak.. memangla penah menangis kat depan meja kat tempat keja sebab masa tu
keja terlampau banyak, tapi, bukanla rasa mcm sekarang ni… 1st
struggle bila nak kena buat group untuk group project bagi setiap course…
disebabkan mechanical ni bidang orang lelaki, orang perempuan yg ambik bidang
ni, mcm dipandang rendah oleh lelaki2 ni… takde sape nak volunteer nak satu
group dgn aku… huhuhuhu.. padahal kat Malaysia, takde masalah pun bila nak buat
group ni… bila exam pulak, untuk subject optimization yang dgn supervisor aku
ni, susahnya nak score A disebabkan grading scale dia yg berbeza dari Malaysia..
nak dapat A, 93 ke atas baru A. 90-93 tu A-, 85-90 tu B+, 80-94 tu B dan untuk
lulus kena make sure dpt B ke atas utk semua subject… so, untuk aku yg biasanya
takde masalah utk score, dpt B adalah satu tamparan yg hebat untuk aku… bila
jumpa supervisor, supervisor pulak bagi ayat “B and B+ are just average, all my
students before got A in my subject”, tu mcm panahan berapi utk hati aku… duk
menangis je… assignment pulak mostly kena buat matlab programming pulak…
menangis lagi… huwaaa.. menyesal tak belajar matlab programming masa sebelum
dtg sini… dahla aku takde geng, buat programming, sorang2 la pecah kepala buat
coding & debugging semua tu… kawan2 kelas semua ada geng… memang rasa
tersisih sgt2…
Mujur abg & anak2 ada jadi peneman yang setia… urusan
rumah semua abg yg buat… kecuali bila ada ajak stdt2 malaysia kat sini dtg
makan kat rumah.. so, bila bab masak2 makanan banyak2 tu, aku la yg tukang
masaknya… sbb dari kat malaysia lagi, bila buat open house atau majlis pape kat
rumah, mmg aku yg masak (tapi, ni masa 1st sem la… lepas dah
turunkan ilmu kat abg, sekarang ni, dan bolehla bergabung tenaga dgn abg untuk
masak byk2 hehehe..)
No comments:
Post a Comment