Wednesday, 5 January 2011

cian rayyan.. kene chicken pox...

1st entry dlm tahun baru... rayyan kene chicken pox... sian jek kat budak kecik tu, abih penuh bintik2 merah satu badan...

tapi, mcm biasa.. dia bkn nye duduk diam.. panjat sana, panjat sini, lompat sana, lompat sini... siap leh wat aksi akrobatik lagi tu... rasanya, semenjak dia kene chicken pox ni, dia lebih lasak dari masa dia sihat ritu... agaknye nak hilangkan kegatalan2 yg dia rasa kot... ada gak dia garu2 tmpt bintik2 tu... tp, aku tegur, bgtau dia.. rayyan x sihat, nampak bintik2 merah tu? tu tandanya rayyan x sihat la.. jgn garu, nanti lambat baik... time dia ingat okla, x garu.. tp, time dia x ingat, masa syok2 tgk tv ke, syok2 hisap susu ke, masa tu jugakla tangan dia syok menggaru...

mujur dia x meragam.. ada hikmahnya kene masa musim2 hujan ni.. sbb cuaca sejuk je, x panas.. so, dia x la rasa berlengas dgn peluh sangat.. tido pun lena jek...





(terpaksa ambik gamba masa dia tido.. sbb masa dia jaga, faham2 sendiri la....)


rayyan ni kene chicken pox rasanya berjangkit masa dia pegi zoo or masa dia gi pwtc hari tu.. x pun, masa dia & sepupu2nya main kat tmn tasik shah alam... sbnrnya, 24-26/12/2010, kitorang satu FAMILY pegi jalan2 kat kl.. percutian KELUARGA.. saja bubuh huruf besar utk FAMILY & KELUARGA tu.. sbb percutian kali ni bkn mellibatkan rayyan & family, tp, ada atuk, nenek, mak ngah, pak ngah, cikde, ayahcik, ayahsu rayyan serta geng2 sepupu & dua pupu rayyan:diah, robi, mashitah, hanisah, hamizah & adam... kitorang sewa homestay kat gombak 2 malam..

seronokla budak2 ni berjalan... balik dari jln2, isnin & selasa tu, aku ada bengkel lak kat vistana hotel kuantan.. so, terpaksala rayyan stay dgn abi dia sbb nak ke taska rayyan totally berlainan arah dgn tmpt bengkel aku ni... rabu tu, ingat nak la anta rayyan ke taska, tgk2 dah start ada bintik2 merah kat badan dia.. bila gi klinik, sah.. rayyan kene chicken pox.. huhuhuhu... la ni, kuarantin la kat umah...

tu yg sibuk tanya bila kitorang kuar nak jemur baju ke.. x pun, dia nmpk aku pakai tudung ke.. ummi.. kita nak gi mana ummi? nak gi jalan ke?

aku pun jawab.. kita x pegi mana2 la.. rayyan x sihat lagi.. tu, bintik2 tu x hilang lg.. maknanya rayyan x sihat lg la tu...

terus dia gi ambik losyen calamine tu, suh sapu kat badan dia... dia cakap rayyan nak cepat baik, nak gi sekolah...

kesian je tgk dia bila aku balik keje smlm... dia duk berdiri kat depan pagar, panggil anak jiran sebelah yg tgh main badminton depan umah...

3 comments:

iqien said...

alolala...cian Rayaan..mkn ubat yer syg..semoga cpat sembuh..

eyna enjah said...

bijak rayyan.....sian die....xpe le janji die ok...alisya dulu kene pn xreti dok diam

IDAZS said...

salam perkenalan :)

kesian rayyan
semoga cepat sembuh ye sayang :)

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers