Thursday, 30 November 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ SeMeSTeR KeDua (SPRiNG 2016)



Bismillaahirrahmaanirrahiiiiim…

Sambungan dari catatan perjalanan aku sebagai PhD student. Lepas tragedy miscarriage & qualifying exam yang tak lepas tu, semester kedua pun bermula. Honestly, apa yang terjadi sebelum semester kedua bermula ni memberikan kesan pada motivasi dan semangat aku. Terasa diri ni kerdil sangat nak dibandingkan dengan student2 advisor aku yang lain. Tertanya2 dgn diri sendiri, mampu ke aku teruskan perjuangan ni. Tapi, aku cuba juga kuatkan semangat.

Semester yang kedua ni, course yang aku ambik kali ni lebih mencabar dari semester pertama hari tu. Memandangkan aku kena buat preparation untuk qualifying exam part 2 pulak, aku ambik course yang boleh bantu aku untuk exam tu. Macam yang aku penah post pasal exam dalam entry2 sblm ni, exam part 2 ni berkait dgn research focus area utk PhD aku. Memandangkan focus area utk PhD research aku adalah Design and Optimization, so, aku ambik course Heuristic Optimization (course ni lagi advance dari engineering optimization yang aku ambik masa sem 1 tu) dan CAD Application.

Maka semester kedua aku bergelumang dgn programming lagi & lagi dahsyat dari masa semester pertama aku… huhuhuhu… exams, assignments & project yang sangat susah especially untuk course Heuristic Optimization. Kena pulak buat programming untuk semua subjek. Tak tido berhari2.. Program pulak byk error sampai terpaksa jugak hantar program tu walaupun tak boleh run pun.. mmg terasa tak perform sangat2.. stress sampai menangis hampir setiap minggu. Tambah lagi dengan stress dealing with perangai2 manusia yang sangat tak membantu, buat pening lagi ada (ini memang sejarah pahit dalam hidup aku). Aku mmg struggle sangat2 utk semester kedua ni… Bila aku tak perform dlm exam Heuristic Optimization, lagila aku jammed. Mujur untuk project Optimization tu, Mail (member dekat UMP) banyak tolong. Berjaya jugakla siapkan project tu dalam keadaan group member tak bagi contribution sepenuhnya.

Bila result keluar, aku cuma dapat C+ untuk course Optimization yg susah tu. Memang aku sedih gila. Mujur utk course CAD Application tu result aku ok… so, total CGPA aku masih cukup2 3.0. tapi, still, disebabkan requirement untuk grad student, semua course mesti dapat B ke atas, aku diletakkan dalam probation status. Masa ni lagi rasa rendah diri. Bila mengadap advisor aku, masa ni la aku terasa gila2 dgn apa yang advisor aku cakap. Dia cakap, “Munira, I am willing to take you as my PhD student because I think you are matured enough to manage your time to study. I don’t expect you to get this kind of result. If other students approach me with this CGPA, I’m not going to be interested to supervise them. You were not even passed the qualifying exam part 1 and now you are on probation. This shows that you are not serious enough to study. Your efforts are still not enough. You have not trying hard enough.”

Masa ni aku duk tahan je dari air mata ni menitik. Lepas je jumpa tu, aku menangis sungguh2 dekat dalam bilik air. Masa on the way balik rumah pun, kat dlm bas tu, tahan je lagi dari menangis.. aku ingat lagi, turun je bas, kebetulan masa tu hujan, aku menangis sambil jalan dalam hujan.. sedih sungguh rasa… Masa tu rasa masa depan aku gelap je dekat US ni. Terasa diri ni bodoh sangat. Mulala terbayang muka mak & ayah yang menaruh harapan. Terbayang rupa dekan & kawan2 UMP.



Mujur masa qualifying exam part 2 tu, aku lulus. Nanti aku cerita pasal exam tu in next entry.

Saturday, 16 September 2017

CaTaTaN PeRJaLaNaN PhD Di BuMi USA ~ MiSCaRRiaGe DaN QuaLiFYiNG eXaM PaRT 1 (FiRST aTTeMPT)



Bismillaahirrahmanirahiiiiim…

Hari ni hari jumaat.. bila ptg2 macam ni, mood nak baca paper pun mulala merudum, campur dgn mengantuk lagi… so, bolehla ambik masa ni utk update blog dgn sambungan dari post aku sebelum ni lps semester pertama aku kat sini..

Tengok tajuk, ada dua perkara yg jadi kat aku masa ni… macam yg aku pernah bagitau sebelum ni, masa aku pegi orientation & masa 1st time jumpa supervisor aku tu, aku diberitahu yang aku kena ambik qualifying exam part 1 lepas habis sem 1 aku kat sini… sebenarnya, masa tahun2 sebelum aku masuk, diorang semua ambik qualifying exam ni lepas second semester, tapi, semenjak batch aku masuk, diorang tukar graduate manual, jadi kena ambik dari 1st sem lagi… so, masa 1st sem tu akum mg stress sbb dgn nak sesuaikan diri dgn environment, dgn nak familiar dgn course yang aku tak familiar, nak belajar balik buat programming matlab lagi, dgn grading system lagi. Untuk programming tu pun, sbb aku takde kawan, mmg struggle study sendiri.. bila buat assignment, pulun la x tido berhari2 buat programming.. sampai tgh buat apa pun selain study, otak ni duk fikir pasal programming especially bila run program, ada error… mulalah stress berhari2… huhuhu… (nila gayanya bila umur dah banyak, nak study balik programming semua bagai…) so, aku mmg tak dpt nak concentrate sgt utk study for qualifying exam ni… just nak recall balik, part 1 qualifying exam ni yang aku kena study balik semua subject yang aku ambik masa undergrad yg dah lebih 15 tahun dulu… banyak pulak tu… ada 7 subjects semuanya… bila dah habis sem 1 tu, dgn masa yang berbaki 3 minggu tu la baru aku pulun study.. seminggu sebelum exam tu, kawan aku dari ump dtg register utk phd jugak dekat buffalo ni… so, sementara tak jumpa rumah utk disewa lagi tu, aku tumpangkan dia & wife dia kat rumah aku… takdela ganggu apapun… sbb aku ada masa study aku yg tersendiri… happy lagi adala… boleh tolong2 apa yang patut.. sama la mcm aku dtg dulu, tak tau apa, adik2 ni banyak juga membantu….

Tapi, tula.. mana nak jangka aku boleh miscarriage sbb aku sendiri pun tak tau aku pregnant.. yg aku tau, mmg dah lama aku tak period.. bila aku period sehari sebelum kawan aku sampai tu, aku ingatkan aku mmg period la…  mesti sape yg baca post aku ni pelik kenapa aku tak rasa aku pregnant walaupun dah 3 bulan tak period… sebenarnya sebelum aku lahirkan idris, anak aku yg kedua ni, aku penah pegi dapatkan rawatan kesuburan sbb rayyan dah besar, tapi, kami still takde rezeki baby kedua… rayyan pulak duk mintak2 nak adik.. masa dptkan rawatan tu, doctor diagnose aku ada PCOS yang menyebabkan aku berbulan2 tak period.. ambik ubat turun darah, baru period… 6 bulan jugak aku berulang ke klinik kesuburan, ambik clomid, cucuk perut pulak nak bagi telur matang, tapi, still tak berjaya… sampai aku malas nak berusaha pape.. tapi, Alhamdulillah, Allah bagi jugak aku rezeki idris ni lepas aku dah redha kalau rayyan sorang je anak aku… So, bila aku tak period berbulan2 kat sini, aku anggap biasala tu, mungkin aku stress, walaupun symptom mabuk2 tu ada.. tapi, masa tu aku anggap, aku mabuk sbb tak tahan dgn wheather sbb masa tu sejuk…

Berbalik pada cerita aku tadi balik… lepas aku period sehari sebelum kawan aku sampai tu, aku mcm pelik jugak… patutnya senggugut hari first period la kan… tapi, aku start senggugut hari ketiga… & darah period tu makin banyak pulak… so, hari keempat tu, lepas pegi2 tgk rumah utk kawan aku tu, kami pegi rumah ainul, kawan aku kat sini sebab dia ajak kami minum petang kat rumah dia.. masa kat rumah dia tula, aku cakap dgn ainul, rasa mcm pelik pulak period kali ni, tiba2 senggugut dtg tgh2 cycle… so, masa lepas makan sambil duduk2 sembang tu, aku dah rasa lain mcm… masuk toilet, Ya Allah, banyaknya darah.. sampai nak bocor2 dah.. bawak jugak bekal pad, tapi, sekejap je pakai dah penuh…last2 terpaksa mintak pad dgn ainul… pakai 2 lapis, tapi, darah merah yg segar tu, menitik2 menembusi pad… aku dah rasa lain macam… cakap dgn ainul, ainul cakap, ‘ke akak pregnant? Cuba check”. Aku pun ambik pregnancy test ainul & check.. Ya Allah, dua line tu naik terang gila… mmg betul aku pregnant… dalam hati, “ni miscarriage ke ni?”… banyak kali aku tukar pad… tapi darah melimpah2 keluar… mula2 ingat esok2 je nak pegi klinik kat campus.. tapi, ainul dgn azrin(husband ainul) insist suruh pegi hospital malam tu jugak.. so, bertolakla kami ke hospital…

Masa dlm perjalanan tu, perut dah semakin sakit… mcm contraction nak bersalin tu.. tapi, takla sekerap mana lagi… sampai ke hospital, lepas daftar tu, sementara nak tunggu turn kena panggil tu, tibe2 sakit makin kuat & kerap. rasa sakit mcm contraction nak bersalin tu tapi, sakit nak bersalin lagi sakitla sebenarnya. darah pun dah byk keluar.. bila kena panggil nama tu, masa nak jalan masuk bilik pesakit tu, mata tiba2 je gelap.. dah nak pitam dah masa tu.. nasib baik dah nak sampai bilik…  bila masuk bilik tu, nurse suruh aku salin baju & naik atas katil.. masa nak naik tu la, seketul darah jatuh atas alas tilam tu.. abg dah mabuk dah tgk darah byk sgt… lepas je darah tu keluar, sakit terus berkurangan.. lepas tu, diorang ambik darah aku & then tolak aku utk scan perut… lepas tu, baru hantar aku balik semula ke bilik pesakit tu… tak lama lepas tu doctor pulak datang bawak result scan aku & then dia seluk la kat bawah tu… dia keluarkan lagi seketul besar separuh genggam lagi dari bawah tu.. lepas tu, dia bagitau, kalau ikut scan, dah takde apa dah dlm rahim aku.. diapun dah keluarkan sisa yg last tu tadi… result darah aku pun dah keluar & memang aku dah pregnant cuma dia tak dpt estimate berapa minggu dah aku pregnant tapi dia cakap bukanlah baru sangat tapi still in the first trimester… aku sedihla juga bila tau tu.. yela, bukan senang nak dapat. Patutla idris buat perangai sgt sejak akhir2 ni… tapi, takpelah, Allah tau apa yang terbaik utk hambaNya… Allah tahu, mungkin aku tak ready lagi sebab Allah tahu struggle aku kat sini… at the same time, Allah nak bagitau, semua ni milik Allah… Allah boleh ambik bila2 masa je… aku redha…

A few days lepas tu, bila pegi exam qualifying exam, aku tak dapat jawab apapun… tgk semua soalan, fikiran aku kosong… mcm aku tak pernah study apapun… dan aku dah boleh agak mesti aku tak lulus exam ni… mcm nak nangis pun ada masa exam tu… duk terfikir, apa masa depan aku kat sini ni… adakah aku akan stay or aku akan balik tanpa PhD? Esoknya aku jumpa advisor aku, bawak semua surat doctor & dia suggest aku hantar email dgn surat doctor dekat graduate director utk school aku so that, takde apa2 tindakan akan dikenakan dekat aku kalau aku tak lulus… Alhamdulillah, director tu bagi peluang utk aku ambik kali kedua tapi, tahun depannya pulak…

Thursday, 31 August 2017

TeNaNGLaH WaHai HaTi....

Bismillaahirrahmanirahiiiiim…

Tenanglah wahai hati... remember why you come here... whatever happen, you still have your beloved husband and beloved kids... you ask for Allah's blessing and maybe this is how Allah filter everything in your life in order to get that redha Allah... belajar dan terus belajar untuk redha.. mungkin ini yang terbaik..

*** baru nak syahdu2, tiba2 ada fire alarm testing.. terkejut semua org kat dlm lab ni sebab takde dapat email awal bagitau pasal testing ni.. so, semua keluar dan berkumpul kat luar...bila dah masuk lab balik, hilang rasa syahdu tu.. mungkin sbb dah tercungap2 turun naik tangga, terbantut rasa nak syahdu.. Allah bagi kejutan sikit pada hati agar jgn dilayan perasaan tu... Allah nak bagitau, Allah ada...

so, dah alang2 menulis ni, buat perkongsian sikit la kot... lama dah tak buat perkongsian.. rindu zaman2 usrah kat uia dulu & juga usrah dgn muslimat dulu ( ni zaman2 anak dara, ikut mak pegi usrah). masa kat ump dulu pun, bila duk bersembang2 dgn jemi, sue & imrah, ada jugak selit2 perkongsian sikit.. so, takdela berhimpun tu jadi perkara yg sia2.. dari duk cakap hal orang kan.. baikla cakap2 pasal amanah Allah, tadarus quran.. barulah perhubungan yg terjalin dibina Allah.. teringat doa rabitah, bila cakap pasal berkumpul ni.. teringat jugak, masa kat uia dulu, ada slot usrah yg wajib semua student uia attend. aku suka baca doa rabitah ni setiap kali doa lepas solat jemaah tu & bila nak mulakan usrah... sebab doa ni bagi aku power untuk mendekatkan hati2 kepada Allah.. jap aku cari gambar doa rabitah ni...
ihsan gambar google

berbalik pada soal hati ni.. hati manusia ni memang mudah berubah mcm tu la jugak iman yg ada turun dan naik.. sebab tu lah kita kena sentiasa muhasabah diri... sebab tu juga la adakalanya Allah ketuk pintu hati dengan di datangkan rasa kesedihan atas sesuatu sebab Allah nak kita kembali kepadaNya.. Adakalanya Allah berikan kemenangan, kejayaan sebab Allah nak tgk sejauh mana kita bersyukur. Adakalanya, Allah bagi peringatan supaya kita renung kembali perjalanan hidup kita yg adakalanya kita menganiaya makhluk Allah yang lain... tapi, kadangkala kita lupa.. Allah bagi kesenangan, kita nikmati kesenangan sampai kita melekakan diri dgn ketenangan tu seolah2 memang patut Allah bagi kita kesenangan tu... bila terjadi sesuatu musibah, kita dgn cepatnya menuding jari pada Allah, oh, ini ujian bagi aku untuk menguji sejauh mana aku mampu bersabar...persoalannya, sabar sangat ke kita sampai kita rasa kita layak untuk diuji? sedangkan mungkin itu kafarah dari Allah atas dosa2 yg telah kita lakukan...

perjalanan hidup aku byk mengajar aku tentang erti redha dan bersyukur.. mak pun selalu cakap, apapun musibah yg kita dapat, fikir yg semua tu kafarah bagi dosa2 yg lalu... tu peringatan Allah tu... aku ingat lagi, aku tak habis lagi final exam, aku dah dapat keja dah... bila dah mudah dpt keja, dgn darah muda, aku cuma mampu bertahan setahun je kat tmpt keje tu... tak cari keje lain pun sbb fikir, senang je nak dpt keja. sekali Allah sampaikan peringatan, sape aku yg nak mendabik dada dgn confident nya rasa, semua orang nak ambik aku keje... 6 bulan aku menganggur... bukan tak dpt panggilan interview ke mana2... setiap kali mintak, dapat panggilan interview.. dan setiap kali interview akan di shortlisted untuk ke peringkat seterusnya... tapi, bila sampai final stage je, mesti tak dapat... masa tu rasa diri hopeless sgt sebab tak boleh nak bantu mak dgn ayah... last2 mak ajak join usrah.. lepas tu, jiran pulak mintak tlg ajar fardhu ain dekat PASTI.. Alhamdulillah, hati kembali terisi, pengalaman betul2 membuka mata aku, rezeki semua di tangan Allah.. jgn sombong dgn Allah... Alhamdulillah, lepas tu, dapat keje dekat je dgn rumah...

dah keje, nak kawin.. tapi, takde calon.. adik yg no 2 dah ada anak 3 dah pun.. adik yg no 3 pulak, sibuk couple nak kawin... bukan takde kawan2 lelaki... member2 kat kilang tu majoriti lelaki... tapi, sebab nak cari pemimpin keluarga yg boleh bimbing aku dan anak2, member sekadar member.. bila adik no 3 tanya bila aku nak kawin sbb dia nak kawin.. aku terus cakap dgn mak, "mak, kalau yan kawin, uni tak kawin lagi, masa kenduri yan nanti uni nak sambung belajar kat luar negara" masa tu, sampai doa kat Allah, kalau memang takde jodoh aku di dunia ni, bantula aku untuk redha supaya aku dapat menjadi seperti rabi'atul adawiyah. masa tu tak doa dah nak dapat jodoh cepat ke apa ke... tapi, yelah... mungkin Allah nak tgk keikhlasan aku utk redha, tup2 Allah temukan aku dgn abg. dan dari masa aku sekolah lagi, aku niat, kalau jumpa jodoh aku, aku nak bercinta selepas kawin... kalau boleh tak nak dating... kalau boleh biar orang yg sama2 nak kan perhubungan yg diredha Allah... Alhamdulillah, aku dgn abg bercinta lepas kawin, walaupun tempoh bertunang tu setahun, boleh kira berapa kali je jumpa.. tupun, ada hasan duk teman sekali... bila jumpa pun, jalan jauh2.. tu yg bila awal2 lepas kawin tu, duk rasa berdosa je duduk berdua2an dgn abg, pegang tangan pun rasa berdosa... hehehe

bila dah kawin, sekali lagi kami diuji, dah setahun lebih kawin, takde anak pun lagi... kecewa, menangis tu selalu sgt dah... last2 aku sambung master, fikir, mungkin takde rezeki zuriat bagi kami... masa tu duk doa kat Allah, kalau mmg takde rezeki zuriat bagi kami, bantula aku untuk redha.. Aku nak redha dengan segala ketentuan Mu... Alhamdulillah, lepas tu, Allah kurniakan kami rayyan sebagai penyeri hidup kami... bila rayyan dah besar, dia sibuk nak adik.. pegi buat treatment kesuburan, beratus habis.. tau2 Doktor diagnose aku ada PCOS.. dia suggest aku buat laparoscopy... akupun cakap dgn abg, mungkin sorang je la kot anak kita... takpe, kita redha ye... tup2, Allah kurniakan idris pulak untuk tambah menyerikan hidup kami... sekali dgn offer nak buat phd dekat canada... dapat rezeki sambung kat USA ni pun rezeki yg Allah bagi secara tak disangka2...

jadi, aku memang percaya rezeki, jodoh, zuriat & segala apa yang ada di dunia ni, semuanya milik Allah... dan Allah tu maha Adil...

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers