Thursday, 26 August 2010

BeRSiH2 SaWaNG SiKiT.... ;-p

HACCUM... HACCUM... terbersin-bersin makcik masuk umah nih... sawang dah penuh... sampai x nmpk dah segala langsir2 kat dlm umah nih... lalang2 pun dah jd hutan dah... hehehehe... punyela lama x masuk umah sendiri.. gi umah org je rajin... hehehehe

mmm... bkn apa, semenjak2 dah bertukar environment ni, mcm malas je nak jenguk2 umah ni... tmbh plak, sblm aku tinggalkan blog ni, tangan ni dgn gatalnye, tlh menukar segala setting2, konon2 nak cat baru la, nak tukar langsir baru.. finally, gini lak jd nya, abis link2 yg aku buh dlm list hilang, friends list yg aku dah group2 kan pun hilang... bertambah2 la hilang mood aku nak berblog...tp, kali ni, aku x mo la umah ni terus terbiar... kang jd pusat ternakan antu raya lak... hehehehe... ambik mood sambil dengar lagu2 maheir zein nih...

byk citer yg aku x tercerita... anyway, past is past... biar aku summarykan je la ape yg berlaku kat dlm hidup aku... mcm aku penah announce sblm ni, Alhamdulillah, aku dah memulakan tugas sbg pensyarah kat tmpt baru di negeri kelahiran aku pada 29/3/2010... kire aku ni diumpamakan mcm sireh pulang ke gagang ar ni... hehehehe... jarak antara aku dgn mak ayah aku pun cuma sebelah2 negeri je... sblm ni, selang satu negeri kan... so, bila dah dekat ni, kejap2 terjongol la aku satu family dekat umah mak ayah aku... dan semenjak kami ni rajin balik kg, rayyan yg sungguh berat mulut pun mula start nak bercakap... dan hasilnya skg ni, kdg2 tu, aku dah x larat nak melayan celoteh2 & loyar2 buruk dia (loyar buruk tu sbb aku selalu kenakan dia, skg turn dia lak kenakan aku... hehehehe)

so far, tugas di tempat baru ni Alhamdulillah, ok... wlupun, adakalanya agak sibuk dgn tugasan selain dari mengajar, aku puas hati.. sbb sibuk2 pun, masih berkaitan dgn akademik.. x la mcm tmpt keje aku sblm ni, terlalu sibuk dgn tugas2 yg merepek2... hehehehe... papepun, culture shock la jugak sblm ni... antara sbb2 aku culture shock:
1. Too many u turn... dah la tmpt nak u-turn tu sume jauh2... pendek kata, asal kuar je dari umah, confirm akan melalui u turn ni, unless, aku nak beli barang kat dlm tmn yg aku duduk ni... nak blk umah pun, akan melalui u turn gak... adess... pening2... 2 minggu pertama aku kat sini, rasa mcm tension jek bila nak kuar, sbb malas nak uturn2 ni... tp, skg ni, aku dah ok dah...
2. Gomen culture & private culture x sama... mula2 tu, terasa la otak aku mcm lembap sikit... maklumla, aku masuk masa student tgh final exam.. lps tu, diorang cuti long sem. Bulan 7 baru start new sem.... tp, skg ni, dah ok dah... dah tau ape expectation from the university on us as the lecturer...
Students sume ok... maklumla, IPTA kan... very strict about the attendance. Cuma, yelah, aku masih baru di sini... x sempat nak buat geng lg dgn student2 kat sini, mcm aku dgn student2 kat tmpt lama...

Anyway, cukupla kot pasal tmpt keje aku ni... kite cite pasal rayyan plak... 1st two months kami kat sini, rayyan stay dgn abi dia kat umah... maklumla, nak survey2 kat mana nak anta rayyan, dgn tugas aku utk mengajar yg x tentu masa ni... susah gak tu... tp, mmg aku decide nak anta dia pegi taska je.. biar dia belajar berkawan... tmbh lak, dia mmg suka berkawan... survey punye survey, dpt tau kat university ni, ade taska utk anak2 staff... so, bulan 6, aku start anta rayyan... first 2 weeks tu, sayu jugakla hati... sbb rayyan nangis time aku nak tinggal... tanye2 gak pengasuh taska tu, lama ke rayyan tu nangis?.. diorang ckp, x dela... die berlakon je lebih... elok, kete aku tinggalkan taska tu, terus senyap & main dgn kwn2 dia.. lps 2 weeks, Alhamdulillah, dah x nangis dah.. siap turun kete sendiri, bawak beg sendiri lg, gi masuk taska tu.. & memandangkan dia dah bleh sesuaikan diri, dia la yg jd taiko kat taska tu... siap ade geng gaduh, geng main air dlm bilik air... sampai pening pengasuh2 tu dibuatnya... aku gelak je... aku ckp dgn abi dia, rayyan dah tunjuk taring ar tu... hahahaha.. papepun, ok ar... skg ni, aku pegi & balik keje sama2 dgn rayyan... so, adela radio non stop yg duk teman aku dlm kete tu... ade masa dia nyanyi la, bercerita ntah pape ntah... kdg2 aku nyanyi, dan dia akan mula tepuk2 tgn sambil goyang2 badan... hehehehe...

Klu blk kg, aku kesian kat ayam2 mak aku... penat la depa ni marathon lari keliling umah kene kejar dgn rayyan... bila mak aku ambik, bg kat dia, x nak plak... dia suh lepas, sbb dia nak kejar je... adess... sian dgn ayam2 tu, x cukup tanah berlari... hahahaha... tu belum masuk dia bergabung dgn sepupu2 dia... mcm2 projek la.. sampaikan bila msg2 tido, nenek nye terus mengeluh lega... hehehehe

Ok ar... cukup kot utk warm up balik umah ni... habuk2 pun nmpknya dah semakin berkurangan... tgk ar, kejap2 lg, klu aku rajin, aku update blog ni lg... hehehehe

Thursday, 18 March 2010

2 TaBiaT BaWa Ke NeRaKa

Untuk dikongsi bersama

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
"Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
"Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Monday, 15 March 2010

BiLa RaYYaN JuMPa aRiSSa iNSYiRaH

mmm... lama kan x update blog? Kalau update pun jarang2 kan... biasalah, kadang2 bz... kadang2 disbbkan kecelaruan emosi yg wat aku x de mood nak update pape... sbb ape mood bercelaru? Mmm.. susah nak ckp... mungkin aku terlampau terkesan dgn kata2 org sekeliling especially, yg cukup pakar dalam men’down’ kan aku sampai aku hilang keyakinan diri... kdg2 aku cerita lebih2, ada pulak yg cakap aku berlagak.. walaupun, hakikat sebenarnya, aku x berlagak pun... ape la yg aku ada, sampai boleh di’lagak’ kan sangat kan... papepun, entry ni, bkn nak citer pasal emosi aku yg bercelaru ni... tp, nak citer kisah cinta si ahmad rayyan dgn arissa insyirah nih... hahahaha

sbnrnya, smlm sal (kwn baik aku) dtg umah dgn hadi, suami & anaknya, arissa insyirah. Masa diorang sampai tu, Rayyan tgh tido lg dlm bilik... so, bile sal dgn hadi tgh makan tu, aku angkat la arissa bawak masuk bilik... dah masuk bilik tu, saje je aku letak arissa atas lengan rayyan... yg si arissa ni, mcm tau2 je apa nak wat.. die tepuk2 tgn rayyan, mcm kejut rayyan bgn... rayyan pun ade la gerak2 sikit...

aku pun cakap la dengan rayyan, “Rayyan,arissa datang ni... x nak bangun ke?”

lepas tu, aku angkat la arissa tu, letak atas badan rayyan.... rayyan pun buka mata die kecik2 je nak tgk, sape yg ada atas die.. bile tgk arissa duk meniarap atas badan die sambil tepuk2 badan die, apa lagi, tersenyum lebar la ahmad rayyan ni.... hehehehe.... siap bangun, terus di cium nye pipi arissa.... heheehhe... lps tu, aku jak die kuar ke ruang tamu... mula2 die nak suh dukung dia... tp, bile tgk aku tgh dukung arissa, die pun terus la bgn sendiri, ikut aku kuar...

kat ruang tamu tu, die malu2 kucing dgn sal & hadi... tp, bile tgk aku duk main dgn arissa, lps tu aku baringkan arissa kat atas tilam kecik tu, slow2 die dtg kat arissa nak main2 dgn arissa... cium tgn arissa tu x yah ckpla baper kali... kejap2 cium tgn arissa... lps tu bile kaki arissa tu duk tendang2 angin, die pegang2 pulak kaki arissa... nak bukakkan stoking arissa plak... hehehehe... dah puas die main2 dgn tgn & kaki arissa, die baring plak sebelah arissa... suke betul die dpt baring sebelah arissa... siap gosok2 pipi dgn dagu arissa lg masa baring sebelah arissa tu... hehehehe

bile sal nak balik tu, time nak angkat arissa tu, sibuk rayyan ni nak dukung si arissa.. ikutkan hati die, nak diribanya si arissa tu... tp, aku pun ckp la dgn rayyan, “rayyan x leh dukung arissa lg.. tunggu rayyan besar sikit lg, arissa pun besar sikit lg... leh la nak dukung arissa”.. so, bagi rayyan cium pipi arissa je la...

gitula citernye bile Rayyan jumpa Arissa Insyirah... die mmg suka sangat baby... pantang jumpa baby... klu jumpa baby, mmg die akan agah budak tu sampai budak tu senyum ataupun gelak... bile dah gelak tu, mmg muka die puas hati sgt2...

kdg2 saje je aku tanye dia... “rayyan nak adik ke?”

die senyum malu2, lps tu nanti, die jwb “mmm...” sambil angguk2 kan kepala... hehehehe.....

dlm hati aku, “ummi pun nak jugak... tp, belum rezeki kite, sayang... doa2kanla kite semua dpt tmbh ahli keluarga sendiri, ye sayang”

Wednesday, 3 March 2010

Jom download & dengar album terbaru Rabbani

Entry kali ni nak share pasal link marhaban2u.com. Ni program baru bersama dgn kumpulan Rabbani. Benefit nye, dgn bayar RM 20 sbg yuran pendaftaran, dapat download album terbaru kumpulan Rabbani yg bertajuk Mahabbah. Kalau yg nak ambik peluang jana pendapatan sampingan pun boleh gak... tapi, macam saya ni, tujuan utama join program ni sebab nak download lagu2 nasyid terbaru ni...

Lagu2 nasyid dlm album ni memang best2.. adalah beberapa lagu lama, mcm lagu Syahadah, Muhammad ya Habibi, Pergi Tak Kembali.. tapi, lagu2 baru die pun best2 jugak.. macam lagu Kejora Sinar Zaman, Mahabbah, Nurul Iman. Suara vokalis terbaru kumpulan Rabbani ni pun tak kurang hebatnya, walaupun, suara Almarhum Ustaz Asri dulu memang ‘mantop’.

So, sape2 yg rasa berminat nak dengar lagu2 nasyid yg terbaru ni, bolehlah klik atau copy link ni atau klik kat contoh iklan kat bawah ni

http://www.marhaban2u.com/?ref=496


(jgn salah faham eh... promote ni, bukanla niat nak berniaga sangat.. tapi, yg utamanya, nak berkongsi maklumat pasal boleh download lagu2 baru ni....sbb lagu2 die mmg best.. at least, klu korang sume dah dengar lagu2 ni, bolehla sembang2 pasal lagu2 ni.... almaklumlah, saya ni mmg peminat lagu2 nasyid ni....)

Macammana nak join?
1. Mula-mula klik la link yg saya bagi tadi tu.
2. Lepas tu, kalau berminat, daftar la... bila dah daftar, baru diorang akan emailkan cara2 untuk aktifkan pendaftaran korang & cara2 untuk buat pembayaran...
3. Dah bayar, sms & isi borang reply tu.. lps tu, tunggu la ia diaktifkan.. bila dah aktif, login & then taraaa... dah leh download album... tp, album ni dah dizipkan dalam file winrar.. so, make sure korang ada winrar dalam pc korang utk extract kan file tu jadi kepada format Windows Media Audio file.

Apa yang anda akan dapat dengan membayar RM20?
1. Miliki website replika anda sendiri
2. Mendapat download album terbaru Rabbani "Mahabbah"
3. MenJANA DUIT sampingan 24jam/7hari seminggu * ni tak relevan la kalau korang cuma nak dengar lagu
4. Laman iklan percuma untuk anda promosi bisnes sendiri * ni pun sama
5. Dan banyak lagi..

ni lah contoh laman iklan tu & bleh klik terus ke link korang... so, korang bleh la guna utk promote...

marhaban2u.com



Monday, 22 February 2010

BuSY....

busy.,.. busy... ni la situasi aku skg... baik di ofis, mau pun di umah... huhuhuhuhu... sorry.. lama x berupdate blog ni... sbb busy la... byk citer nak di share... tp, nanti la... aku try curi2 masa utk wat karangan2 tertunggak utk blog ni... bile dah siap, br leh posting kat sini...

anyway, sape2 yg follow entry2 aku sblm ni, aku akan mula keje kat tmpt baru hjg bln depan... tp, kdg2 takut la jugak... takut klu2 kegembiraan aku dgn berita gembira ni kejap je.. mana tau, kot2 sbb lama sgt aku bg notis, keje ni leh terlepas plak... na'uzubillah... dah lama aku tunggu & berharap ni... aku ckp dgn abg,.. abg kata istighfar byk2... tu mainan iblis tu...

dlm masa yg sama, kat tmpt keje aku skg ni, aku masih lg kene mengajar student degree... argghhhh... tension gak aku... sbb hakikatnye, aku ni dah start menghitung minggu dah ni.. & seriously, dah x de mood nak mengajar... tp, tula.. x kan aku nak ngajar sambil lewa je kan... so, berusaha sungguh2 mengikhlaskan diri utk bg ilmu pada anak2 murid aku... boss aku ni pun satu... dah tau aku nak berenti, cari2 la pengganti oiii... kesian kat student2 ni... mcm aku, of course, tang deliver2 ilmu ni, mmg la aku nak bg yg terbaik... tp, faham2 jelah, bile dah hjg2 ni... mood tu dah makin kureng.... huhuhuhuhu

anyway, aku dah siapkan sume soklan assignment utk student degree aku ni... lecture notes pun dok terkial2 siapkan... so, klu ada pengganti, org tu just sambung bg lecture & tanda assignment student je la... sbb marking scheme utk assignment tu pun aku dah siap kan.... tp, aku tgk x de tanda2 mcm nak ada pengganti je pung.... aku tgk subject2 HND yg aku duk ajar2 sblm ni, die main pass kat lecturer2 yg sedia ada jek... kesian aku dgn kwn2 aku kat dept yg sama dgn aku ni... ni la masalahnye bile dpt boss yg mcm bagus, tp, x tau apa2 pasal engineering... die siap wat teori, engineering ni senang je, klu tau konsep... tu yg die main bagi je subject engineering ni kat mana2 lecturer dlm dept ni.. sbb die assume, klu lecturer mechanical engineering ni, mestila boleh ajar apa2 pun subject mechanical engineering.... (adoi... rasa mcm nak hantuk2 je kepala org yg wat teori bodoh ni)

tadi, dlm kesibukan aku wat lecture notes utk student degree aku, tibe2 die dtg jumpa aku... mintak tlg aku preparekan soklan assignment utk subject HND yg aku penah ajar dulu... sbb lecturer yg die assign utk ambik alih subject aku setuju utk ngajar je... assignment die x mo prepare (dlm erti kata lain, die x reti la tu...) ceh!!!! ingatkan dah terlepas dah dari memeningkan kepala aku prepare assignment utk HND ni... kene gak... adoi... pening... sakit kepala... bleh x klu aku nak lari je dari sini skg... huhuhuhuhu

bile sibuk2 mcm ni... rasa mcm bkn org yg nak berenti keje jek.... x suke!! x suke!!

Wednesday, 27 January 2010

No TuRNiNG BaCK....

pagi td, tiba2 bos panggil aku... die ckp die baru je discuss dgn top mgmt smlm... & die ckp, 2nd big boss nak aku stay, klu bleh nak pujuk aku suh jgn berenti dari tmpt ni... siap die suh bos aku tanye aku, baper salary yg aku dpt kat tmpt baru nanti... lps tu, 2nd big boss tu sendiri ckp yg die nak jumpa aku, nak discuss lg... so, aku ckp la... RMX.X k... aku bgtau jujur la... sbb aku x mmg dah nekad nak berenti... klu die nak counter offer pun, aku x mo... x sanggup lg aku diperbodohkan kat sini...

x lama lps tu, bos aku panggil aku balik... die ckp, die dah call 2nd big boss tu, bgtau... x lama lepas tu, HR call die... diorang suh tanye pulak... klu diorang counter offer sama atau lebih dari amount yg aku dpt tu, aku nak stay x? aku ckp la, aku x mo stay... terusla bos aku ni ckp, klu mcm tu, x pe la... diorang just nak kan kepastian sama ada aku bleh dipujuk lg x... bile dah dgr jwpn aku, dan2 tu, 2nd big boss yg beria2 nak jumpa aku & pujuk aku tu, terus x jadi nak jumpa aku... mmm... nmpk sgt diorang ni x bersungguh pun nak suh aku stay... wlupun, sbnrnya aku mmg berharap aku x perlu jumpa big boss tu... tp, bile tgk cara diorang layan aku bile tau aku nak berenti ni, nmpk sgt aku ni bkn la dihargai sgt... mana ada inisiatif nak pujuk aku... klu setakat janji palsu nak naikkan gaji aku... dah 5 bulan dah berlalu... mana ada gaji aku di revise2 pung... ni bile aku nak berenti, ada la ura2 kata nak naikkan gaji aku... tu pun, leh tanye lagi tu, klu diorang naikkan gaji aku, aku stay ke x... mmg sungguh berkira komunis2 ni... oleh sbb tu, aku pun perlu berkira jugak dgn diorang... aku akan buat apa yg perlu aku buat.... then... bubbye... harap2nya, tmpt akan dtg adalah yg terbaik utk kami... no more turning back... klu turn pun, utk jumpa geng2 aku kat sini je...

Tuesday, 26 January 2010

20 SeKoLaH BeRPReSTaSi TiNGGi (SBT) 2010

smlm, duk tgk kat tv pasal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010.

Senarai2nya adalah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

bile duk belek2 list nih... mmm... mana sekolah lama aku? zaman kegemilangannya dah terkubur dah ke? tingat lg dulu, masa zaman aku la... sekolah tu mmg top... result PMR terbaik, SPM terbaik, STPM terbaik... siap masa zaman result SPM batch aku kuar... pengumuman result SPM dibuat kat sekolah aku oleh Menteri Pendidikan masa tu... (skg dah jadi Perdana Menteri la... )

so, mana menghilangnya sekolah tu? x kan kegemilangan nye cuma seketika? mmm... wallahua'lam...

pssttt...anyway, wlupun aku x sukakan sekolah aku tu, tp, aku x pernah doakan kejatuhan sekolah tu

MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers