Wednesday 26 August 2009

~ TaG DaRi aiN ~

ritu baca blog nae, nmpk tag yg direka oleh nae... bile tgk senarai yg kene tag, fuh... tarik nafas lega, aku x kena....

alih2, baca blog ain, x sangka aku kene gak tag nih.... hahahahaha....


TASK: upload satu pic anda yg paling ridiculous @ hodoh (WAJIB). Snap secara spontan depan pc lg bagus...

bkn x mo snap depan pc... tp.. pc x canggih... x leh auto snap gambo sendiri... hehehehe.... make terpaksala menggunakan khidmat search gambo dlm pc nih....


1. kenapa anda rasa pic tu ridiculous?

ridiculous la sbb aku tgh tergelak beso.... gambo diambil sejurus selepas rayyan dibotakkan... ikutkan, nak buh gambo ni, tp, takut disqualified lak sbb gambo muka x penuh...

2. Di mana ni?

kat kampung aku... umah atuk dgn nenek rayyan....

3. senaraikan rakan2 yg ingin anda TAG

ni yg susah ni, sbb kwn2 aku dah kene tag dah... terpaksala tag anak2 murid aku lak... tupun 2-3 org je la kot... yg setahu aku jd follower blog aku nih...hehehehehe

1. Muiz

2. alongwanie

3. mizTiramisu

4. T (yg ni bkn anak murid, tp, memandangkan die x penah di tag lg... hahahaha)

4. Ucapan anda?

daku terharu..... hahahahaha




FaKTa SeJaRaH ~ aSaL uSuL PeRKaTaaN eLeKTRiK

saja je berkongsi fakta.....

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!".

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.




Monday 24 August 2009

RaMaDHaN KaLi iNi.....

ramadhan kali ini, adalah ramadhan kedua aku bersama rayyan dan abi... klu kire dr masa rayyan dlm perut, maknanya ramadhan yg ketiga la... mm, alhamdulillah, setakat 3 hari berpuasa ni, rayyan x de wat perangai pelik2... kitorang sahur, die x sedar pun... ngantuk sgt agaknye, sbb die mmg selalu tido lambat... tp, aku x susah sgt pasal nak masak utk sahur tu, sbb mknn utk sahur mmg dah dimasak mlm lg... bgn pagi tu, klu sempat, panaskan dulu, klu x sempat, mknla lauk2 yg dah tersedia bawah tudung saji tu....

time berbuka pun, rayyan x kacau sgt... sbb masa kitorang berbuka tu, kat tv tgh azan... azan kat tv tu mmg salah satu rancangan feveret die.... so, x de la die mengacau pun... abis2 je azan pun klu die menyendeng2 kat aku dgn abg... tp, alhamdulillah, die x byk kerenah pun.. suap ape yg kitorang mkn sikit, lps tu, die gi main la dgn menan2 die.... rayyan ni, klu perut die kenyang, x ngantuk, x susah pun nak handle... tu yg ummi die selalu mengusik tu... x puas hati, klu x dgr die menjerit marah... hehehehehe

papepun, ramadhan kali ni, dlm keseronokan menikmati ramadhan, jauh di sudut hati, aku bersedih... sedih, sbb ade perhubungan yg renggang, yg belum dpt dipulihkan.... tiap kali lepas solat, mengaji, aku mohon byk2 agar hubungan yg renggang ni dpt dipulihkan.... ntahla... mungkin aku yg harus memulakan langkah.. sbb hbgn yg renggang ni berpunca dari aku... biarlah aku mengalah... yg pntg aku nak sgt tgk mak ayah aku bahagia....

smlm pulak, abg ckp dgn aku, mungkin balik raya thn ni lps sembahyang raya.... mmm... perasaan aku tibe2 je rasa sayu... bkn ape... dahlah pose kali ni, mmg x merasa aku nak berbuka pose dgn mak ayah di kg.... sekali, mlm raya pun akak x dpt bersama diorang... klu bertolak lps sembahyang raya, maknanya mau dekat2 nak asar baru dpt jumpa atuk dgn nenek rayyan ni ha... uwaaa... aku rindu... dah lama betul rasanya x balik kg...

tp, bile fikir2 balik, adalah hikmah di sebalik sume ni.... mungkin ade rasa yg kurang senang bile aku balik kg nanti.... tgklah mcm mana nanti...





Saturday 22 August 2009

TRiP To KuCHiNG ~ DaY 3

wlupun citer ke kuching tu leh dikatakan hampir basi... tp, tetap nak sambung gak citer pasal hari ketiga di sana... hehehehehe... bkn ape, lately nih, aku mmg bz... tambah dgn x de mood nak meng edit2 gamba yg kat kuching tu... (ejja... ko jgn marah eh.. aku wat entry utk trip ke kuching dulu... entry konvo nanti dulu ye... cari ilham dulu... hahahahaha)...

anyway, berhari2 gak aku ambik masa nak ketepikan mood yg x best nih... dan akhirnya... ni la citer pada hari ketiga aku kat kuching....

mcm yg aku penah citer dlm entry sblm2 ni, main reason aku jd bidan terjun utk ke kuching adalah sbb aku diwakilkan oleh mak ayah aku utk attend konvo adik aku... so, hari ketiga bermula dgn majlis konvokesyen as, start dari pagi sampai tghr... sorry, x de bagi pape pun kat as... tercari2 jugak org jual bunga... tp, rupe2nye pagi majlis tu, mmg x de sebarang stall atau pun booth dibuka.... so, ni gamba2 yg sempat di snap lps2 majlis....

alhamdulillah, adik aku dapat jugak satu anugerah sbb die termasuk dlm top 4 best student... congratulation!!!!!

dlm sibuk2 duk bergambar tu, tgkla aksi2 rayyan yg bz meng'test' tangga...
habis je majlis konvokesyen tu, adik aku ckp, kwn mak & ayah aku (cik nah & pakcik khairi) ajak tido umah die mlm tu.. nanti esoknye, nak gi airport, diornag leh tlg antakan.... so, lps rehat2 jap, mandi2kan si rayyan, bertolakla kami semula ke bandar kuching.... janji dgn cik nah tu, lps maghrib kat bandar kuching la... tp, saja kitorang kuar awal sikit, sbb nak jln2 dulu kat bandar kuching... hajat hati nak ambik gamba kat patung kucing yg kat tgh jln tu... tp, x berkesempatan jugak...
anyway, sampai2 bandar kuching, kitorang jln2 kat Waterfront... jln2 menyusuri sungai.... sempatla ambik gamba sikit.... masa ni rayyan blur sbb jln masa die tgh tido... tu yg pacifier duk terlekat lg kat mulut tu....





dah jln2 tu, msg2 mmg lapar gile... so, adik aku ajak naik bot ke seberang, mkn kat belah sana lak.... ape lagi, naikla bot lak... murah je tambang die, 40 sen sorang.... rayyan mcm bese la... blur, menatang ape lak kitorang naik nih... hihihihihi


bawah ni view kat dlm bot tu la... dlm bot ni, bkn aku sekeluarga je yg naik... klu korang perasan, ade budak2 sekolah... bot ni mmg jd pengangkutan diorang gi sekolah hari2.... so, bot ni selagi leh masuk, die masukkan la dlm bot tu... aku takut gak.. bkn ape... mana ada safety jacket naik bot ni....

sampai2 ke seberang, inila mknn yg jadi menu dinner kami... mcm bese, air feveret kat sana la yg kitorang order... teh c peng.... mkn lak, aku order nasi goreng dabai... sedap jugak... specialty nye, die ada buah dabai... abg lak order mee kolok... x tau la sedap ke x... tp, abg ckp sedap....

masa kat seberang ni la, kitorang tgk ade training Regatta kat sungai tu... Pertandingan regatta tu, sempena majlis mesyuarat raja2 malaysia ni... x silap aku la....regatta tu ape? regatta tu adalah sejenis sampan yg mmg panjang betul.... mcm dlm gamba kat bawah ni....



masa melayan dinner tu, sempat gakla abg snap gamba2 pemandangan dr tmpt kami mkn... bangunan yg besar dlm gamba kat bawah ni adalah bangunan hotel... satu tu hotel grand margarita, satu lg, hotel riverside ape ntah.... hehehehe.. x ingat, sbb x ambik port sgt....


lps mkn, naik bot lagi sekali menyeberang balik ke waterfront yg dekat bandar kuching tu... lps tu, tunggu la cik nah dgn pakcik khairi ambik kitorang bawak balik umah die lak.... itu je la cite pada hari ke 3 di kuching tu.....

p/s: gamba dlm blog ni kecik kan? nantila, gamba2 ni akan di upload kat dlm fb dan fs soon.....





Thanks ejja... for the card... hehehehehe


entry kali ni ditujukan khas wat ejja yg sudi bagi kad pose... dah makin terer mengedit dgn ps ye skg... hehehehehe...


anyway, salam ramadhan gak dari aku sekeluarga... moga ramadhan kali lebih membawa keberkatan dan rahmat Allah utk kite sume.... wat rakan2 sekalian, salam ramadhan juga dr aku sekeluarga...


nak wat kad gak, tp, masa x mengizinkan... bkn takat masa, ke'rajin' an juga x mengizinkan... hehehehehe



Wednesday 19 August 2009

aHLaN Ya RaMaDHaN

tinggal beberapa hari je lagi, ramadhan akan muncul kembali.... ahlan wa sahlan ya ramadhan... sesungguhnye, aku merindui mu, wahai ramadhan.......

sempena kehadiran ramadhan ni, jom kite renungkan fadhilat2 ramadhan....

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi


3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi


5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Friday 7 August 2009

BiG oCCaSSioN..... CouNTiNG DaYS...

sblm ni, 3 hari berturut2 aku berulang alik dari kolej ke upm... penat giles, wlupun cuma drive je.... yg paling penat hari khamis la... sbb tetiba je, warga upm menjadi ramai giles.... smlm pkl 8.50 pagi, aku dah sampai sblm tol upm tu lg... tp, aku cuma berjaya sampai ke pintu 1 upm, pkl 9.20 pagi... jem teruk dr sblm tol upm sampai ke gate 1 entrance upm tuh..... hangin je rasa.... dah sampai gate upm, nak cari tempat parking satu hal lg. berpusing2 aku dlm upm tu... sampai jumpela segala jenis fakulti yg aku x penah tau locationnye sblm ni... dahla kete aku ni, air cond nye mmg problem sikit, bile gerak slow atau x gerak... so, peluh, x yah ckp la.... tau baper lame aku berpusing2 cari tmpt parking? SATU JAM!!!! grrrr...



nasib bek sempat gak dgr briefing sikit kat dewan.... anyway, slps berhari2 aku duk berulang alik ke upm, settle la urusan2 aku utk big occassion tu..... dan inila bendenye yg aku dpt hasil dr ulang alik aku tu.....


*****

*****

*****

*****

*****

*****

*****

*****
*****

*****


kad jemputan konvo utk tetamu
jubah konvo aku

tapi, memandangkan, aku x penah pakai hood yg disertakan sekali dgn jubah tu, aku pun mintakla tunjuk ajar lo... maka, smlm, disbbkan waktu rehat yg lama, model2 terpilih ni pun menggayakanla jubah ni..... hehehehehe






Thursday 6 August 2009

TRiP To KuCHiNG ~ DaY 2

huh... br berkesempatan nak sambung citer pasal trip ke kuching ritu.... minggu ni mmg bz sikit... sbb byk bende masuk dlm jadual hidup aku, antaranya

1. bbsitter rayyan dah x jaga rayyan dah... skg abg yg jaga... so, jadual tido rayyan pun dah berubah2... sbb die pun dlm proses nak sesuaikan diri
2. kelas kat kolej ni, mcm bese, kenela conduct.. kang x conduct class kang, x pasal2 nama naik & x pasal2 gak dpt surat cinta dari HEA lak...
3. student yg fail ambik supplementary exam, resubmit assignment & aku bz menanda assignment & exam paper diorang & dlm masa yg sama, aku kene jaga supplementary exam ni jugak...grrrrr
4. big occasion is coming on next week... so, masuk hari ni, 3 hari berturut2 aku berulang alik ke upm dari kolej... letih2... ape big occasion tu??? nanti aku citer dlm entry yg lain... hehehehehe


anyway, utk entry kali ni, nak sambung citer pasal hari ke 2 lak masa kat kuching.... pagi tu, lps dah siap2kan rayyan dan diri sendiri, kwn adik aku, merangkap tourist guide kami, dah tunggu kat depan PLS.. maka, pkl 8.30 pagi tu, bertolak la kami ke destinasi pertama kami, iaitu SERIKIN.... aku mmg nak pegi sgt2 tempat ni, sbb selalu dgr org ckp brg2 kat tmpt ni murah2... sbb die sempadan dgn kalimantan.. so, bykla brg2 sarawak & jugak brg2 dari kalimantan ni...


klu ikutkan, jarak dari PLS ke serikin tu x jauh.. tp, disbbkan jln2 kat sini, jd mmg terasa mcm jauh je nak pegi tu... tp, aku perasan, kebanyakan umah2 kg kat sini, mesti ade tanam jagung kat tepi atau blkg umah diorang... x byk pun... terus aku tingat game BARN BUDDY kat dlm FB... hehehehehe... anyway, ni la jln nak masuk ke serikin... siap ade polis buat road block lg... nak pastikan x de kegiatan2 penyeludupan


sampai2 kat serikin, of course gi mkn dulu ar... msg2 dah lapar... rayyan lak nyenyak tido, sbb mlm tu, die tido lewat.. maklumla, dah digomol oleh awek2 IKMAS... so, kitorang pun order la mee kolok... sbb hari sblm tu, hasrat nak mkn mee kolok, x kesampaian... ni la rupe mee koloknye


rasa nye, blehla tahan... mcm mee kicap pun ye.... sepanjang mkn tu, rayyan, mmg x terjaga langsung...so, dptla kami2 ni menghayati mee kolok ni....
lps mkn, barula kitorang start jalan kat pasar serikin tu... ni la entrance pasar serikin nye...



ni lak suasana kat pasar tu... mmg ramai org yg dtg... masa kitorang duk mkn tu, satu2 van masuk bawak passenger (kat sini, pengangkutan awam die van la).... tp, mmg leh puji sbb dlm ramai2 org pun, tempat ni x serabut... sbb space die besar....

ni lak antara barang2 yg dijual... byk lg sbnrnya, saje je abg ambik gamba yg ni...

tp, yg aku berkenan sgt2, kain2 pasang die la... cantik2 & murah.... cuma, disbbkan budget aku x cukup (maklumla, aku gi ni pun mengejut), so, leh cuci2 mata je la... mmg kene dtg lagi sekali la maknanya...

sempat gak aku ambik gamba kat pasar ni... hehehehehe... tgkla muka rayyan tu... blur sbb baru bgn tido....



dah abis jln2 kat pasar serikin ni, kitorang pun gerak la ke bandar kuching balik... masa ni x de hala tujuan lg... x tau nak gi mana lg sbnrnya... sbb adik aku pun x de... die ade rehearsal utk konvo die... on the way kuar tu, terjumpa la air terjun kat tepi jalan... tp, rasanya ditutup kot, sbb x de org pun yg duk mandi manda... so, ape lg, snapla gamba pemandangan2 air terjun ni...

rayyan lak masa ni tgh bad mood... rasanya sbb die pening, x ckp tido & mungkin die rasa letih sgt2 kot... so, duk dlm kete jela.... gamba kat bawah ni, die dah ok sikit... sbb dah minum susu dah...

lps tu, adik aku call, bgtau yg die dah abis rehearsal, so, klu nak bawak die jln2 pun bleh la... so, kitorang pun bertolak la balik ke PLS blk & ambik die... ambik2 die, terus ke bandar kuching... konon2, nakla ambik gamba kat patung kuching yg kat bandar kuching tu... alih2, hujan renyai2 la plak... so, plan tu cancel... lps mkn kat bandar kuching, kitorang patah balik ke PLS...
on the way ke PLS tu, saje2 jela, masuk kat simpang Matang.. ingat nak tgk air terjun ke, taman2 ke... so, singgahla jap kat Taman Negara Kubah... tp, x masuk pun.. sbb dah lewat dah waktu tu.. so, ambik gamba kat entrance die je la...

antara pemandangan kat entrance taman negara nih...

dah ambik2 gamba sume, terusla bertolak balik ke PLS... tp, adik aku suh terus ke depan sikit dari PLS, sbb nak tunjuk kat kitorang kampung telaga air.... pemandangan die mmg cantik... sbnrnya, masa kat sini, leh nmpk bentuk gunung sentubong tu... tp, dlm gamba ni x nmpkla, sbb kabus.... ni antara pemandangan2 yg sempat kami snap...







lps dah jln2 kat telaga air ni, barula, balik ke PLS... malam tu, stay kat bilik je, melayan kerenah si rayyan.... dan sessi merehat2kan diri sblm majlis konvokesyen adik aku keesokan harinye


MaHLiGai KaSiHKu


Daisypath Anniversary tickers

Amanah Allah






Daisypath Happy Birthday tickers